Archive for January, 2006

Cinta Anta dan Anti

"Cinta Anta dan Anti "


oleh Ust. Maszlee Malik (pensyarah UIA)

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10)

"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Bagi mereka yang mempelajari kedua-dua ayat dan hadis di atas, apa yang difahami ialah semua mukmin itu bersaudara dan juga ia menerangkan tentang tanggungjawab seorang Muslim kepada saudaranya yang lain. Selain daripada kedua-dua ayat dah hadis di atas, berdozen lagi dalil-dalil
yang menunjukkan kewajipan seseorang Muslim mencintai, mengambil berat, membantu, bersikap peduli dan juga mengasihi saudara seagamanya. Perkataan "ukhuwah" yang bermakna "persaudaraan" seriang dijadikan tema untuk persaudaraan ikhlas yang bertunjangkan iman dan takwa ini.

Kisah-kisah para sahabat yang berkorban dan berjuang untuk para sahabat masing-masing menjadikan contoh teladan kepada generasi Muslim zaman moden. Inilah yang menjadi pengamalan anak-anak harakah Islamiah dan dakwah semenjak kebangkitan Islam di tahun 70′an lagi.

Kebangkitan Islam yang telah menemukan kemuncaknya di Malaysia telah menyaksikan pesatnya usaha dakwah, kemunculan sekolah-sekolah agama, bank-bank Islam dan pelbagai lagi di atas nama Islam. Tiada siapa yang dapat menafikan, itu semua adalah hasil daya usaha sama ada secara langsung atau tidak langsung, pendukung-pendukung gerakan Islam semenjak tiga dekad yang lalu. Di waktu yang sama, pemikiran barat sekular, liberalisasi dan juga budaya hendonisme pesat menular dan bersaing. Keindahan persaingan kedua-dua arus ini telah melahirkan budaya yang baru di dalam fenomena kebangkitan Islam di Malaysia.

Jika di awal kebangkitan Islam dahulu, dunia hanya dilihat sebagai hitam dan putih. Kehidupan di dalam dunia ini di waktu itu hanya dilihat sama ada berpihak kepada Islam ataupun Jahiliah. Di alaf ini, dunia tidak lagi hitam dan putih dan bukan lagi Jahiliah versus Islam. Penjalinan di antara apa yang ada di dunia dan apa yang ada di dalam nas telah menyaksikan pelbagai kesan. Ada yang positif dan ada yang negatif. Antara yang terkesan dengan fenomena yang baru ini ialah persoalan "ukhuwwah".

Cinta Remaja Dakwah.

Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustaz, penulis mempunyai peluang yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman muda belia mereka. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang sering

dibawa berbincang ialah persoalan cinta. Alaf yang serba unik telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di"Islamik"kan seperti mana bank-bank, institusi-institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah "Cinta Ukhuwwah". Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-naqibah usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama "ana - anta dan ana - anti".

Sms,Yahoo Messenger, email dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi penghubung utama cinta "anta-anti" ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung.

Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa. Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai…kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini.

Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastik berbau cinta asmara. Hakikatnya, fenomena cinta "anta-anti" ini semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan, dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah maksiat. wal’iyadhubillah…

Salah Faham Ukhuwwah fillah

Teringat juga penulis kepada satu fenomena apabila seorang siswi datang mengadu dia diusik oleh Pak Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir, kad hari raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan oleh Pak Lebai tersebut.Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan di jambangan bunga tersebut terukir kata-kata "Ukhuwwah fillah kekal abadi..".sekali lagi makna ukhuwwah disalah gunakan.

Satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkan kekecewaannya apabila dihampakan oleh seorang siswi yang satu "jemaah" dengannya. Beliau tidak sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah melalui email, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga satu "jemaah" dengan mereka.Aduh..lagi hebat daripada filem "Love Story" yang pernah popular di tahun-tahun 70′an dahulu. Yang pasti, sekali lagi tema "ukhuwwah fillah" menjadi "camouflagde" ke atas perhubungan antara dua jantina yang ada kesedaran Islam ini.

Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga.Sekali lagi slogan "ukhuwwah fillah" menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan. Jika si siswi tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur, dan ia bertentangan denga mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan "trend" percintaan golongan anta-anti ini.

Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si naqib meminta siswa tadi agar berbai’ah untuk kekal di dalam perjuangan dan tidak menyertai jemaah lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung, siswa tersebut nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah sekelas mereka…ini yang paling menarik.Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup. Jika di zaman 70′an dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop "kafir" dari pendukung gerakan dakwah yang lain.

Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan "Abuya"nya kepada penulis, juga tidak dapat lari dari fenomena cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju Melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warninya ini. Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat kepada beliau. Sayangnya atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk menziarahi beliau, penulis ternampak gambar seorang Muslimah menghiasi desktop komputer peribadinya. Ditanyakan sama ada itu adik, kakak ataupun emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku bahawa itu adalah "kawan"nya. Yang hebatnya, tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut "Ukhuwwah fillah membawa ke Jannah".

Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ia sudah cukup islamik? Atau penulis yang ketinggalan zaman sehingga naif terhadap trend muda mudi masa kini? Ataupun fiqh Islamiyy juga perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa. Di dalam artikel yang terhad ini, penulis tidak berhajat untuk memberikan hukuman mahupun pandangan terhadap fenomena yang menarik ini. Biarlah para pembaca membuat penilaian mereka terhadap "sihat" atau tidak sihatnya budaya ini. Semoaga ada di kalangan pembaca yang akan dapat memberikan pandangan yang rasional serta boleh diwacanakan.

Sumber diperolehi daripada Majalah i edisi Bulan Februari

Months of the Islamic Calendar: Their Meanings

Months of the Islamic Calendar: Their Meanings

By Muhammad Al-Qasim**
January 25, 2006

Indeed, there are many causes behind naming months of the Islamic calendar as such. In what follows we will try to shed some light on some of those causes:

1. Muharram: is named so because the Arabs used to prohibit fighting during it.

2. Safar: is named so because the Arabs used to leave their homes during that month as they used to set out to fight their enemies. It is also said that they used to leave their homes to escape summer heat.

3. Rabi` al-Awwal: is named so because it usually coincides with the spring time.

4. Rabi` al-Akhar: is named so because it usually coincides with the winter time.

5. Jumada al-‘Ula: The Arabs named it so because water gets frozen at winter time, and that coincides with the time of Jumada al-‘Ula.

6. Jumada al-‘Ukhra: is named so because it coincides with winter time.

7. Rajab: is derived from the Arabic word ‘rajaba’ which means to ‘sanctify’ something. The Arabs used to sanctify the month of Rajab by putting a halt to fighting during that month.

8. Sha`ban: The Arabic word Sha`ban is derived from the word ‘tash`aba’, which means to go in different directions. It is said that Sha`ban takes such a name because the Arabs used to go in different directions fighting their enemies.

9. Ramadan: The word Ramadan is derived from ‘Ar-ramda’ which refers to extreme heat. Ramadan time used to coincide with that extreme climate of heat in the Arab Peninsula, and that is why it is called Ramadan.

10. Shawwal: The name Shawwal is derived from the Arabic word ‘tashawwala’, which refers to the scarcity in she-camels’ milk.

11. Dhul-Qi`dah: refers to Arabs decline to go out fighting their enemies as the early Arabs used to call it a sacred month.

12. Dhul-Hijjah: is named so because the Arabs used to perform Hajj during that month.

——————————————————————————–

*Arabic Copyediting Unit Head at www.islamonline.net

http://www.islamonline.net/English/NewHijriYear/LunarCalendar/1427/01.shtml

Hijrah of Hearts: The Greatest Kind of Hijrah

Hijrah of Hearts: The Greatest Kind of Hijrah   

By Sheikh Salih ibn Fawzan Al-Fawzan
February 6, 2005

Praise be to Allah Who has ordained the hijrah (migration) of hearts and the hijrah of bodies on His servants and has made these two kinds of migration everlasting throughout the ages. We Muslims should follow the example of the Prophet (peace and blessings be upon him) by modeling ourselves after his guidance and course of life and following in his footsteps in terms of talking and behaving. Allah Almighty has ordered us to do this, saying, [Verily in the messenger of Allah ye have a good example for him who looketh unto Allah and the last Day, and remembereth Allah much] (Al-Ahzab 33:21).

By the beginning of the month of Muharram, people start talking much about the Prophet’s Hijrah in sermons, lectures, and the mass media. Such speeches are mostly mere stories by which people pass the time; and in a few days, the matter is neglected and forgotten without affecting people’s souls or being regarded as a model to follow in manners and behavior. Rather, it has become an annual custom that people speak of without understanding or acting according to the meaning of hijrah.

Linguistically speaking, the word hijrah in Arabic indicates separating oneself from others bodily, spiritually, or in speech. Legally speaking, it means departing from disbelieving countries, evil people, or evil deeds and dispraised practices. The hijrah in this sense is among the traditions of Ibrahim (peace and blessings be upon him) who said, [Lo! I am going unto my Lord Who will guide me] (As-Saffat 37:99). The verse refers to Ibrahim’s emigration from the country of disbelievers, seeking faith. Some of his offspring accompanied him to Ash-Sham, where Al-Aqsa Mosque is located in Palestine, and then, accompanied by some others of his offspring, he moved to Al-Hijaz, where the Sacred Mosque is situated in Makkah. This is stated in the invocation mentioned in the verse that reads [Our Lord! Lo! I have settled some of my posterity in an uncultivable valley near unto Thy holy House] (Ibrahim 14:37).

Hijrah was also established by Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him) as he twice ordered his Companions to immigrate to Abyssinia to preserve their faith when the disbelievers in Makkah began torturing them severely. The Prophet, however, remained in Makkah calling people to Allah, in spite of the great harm he received. Then Allah Almighty permitted him to immigrate to Madinah. The Prophet (peace and blessings be upon him) allowed his Companions to go to Madinah, and, accordingly, they began emigrating, leaving their homes and properties, seeking the bounties and satisfaction of Allah, and helping Allah’s cause and His Messenger. Allah praised those Muhajirun (immigrants to Madinah) and promised them great reward. That is why Hijrah is mentioned in the Qur’an associated with jihad. Further, the Muhajirun became the best of the Prophet’s Companions, as they sacrificed everything one may cherish; namely home, property, family, and relatives, in order to preserve their faith and to please Allah.

Emigration has become an established fact that will not cease until Judgment Day, as stated in the hadith that reads “Hijrah will not end until repentance ends, and repentance will not end until the sun rises in the west (that is immediately before the Judgment Day).” Hence, whoever cannot declare his religion in a particular place must move to another place where he can freely declare his faith. Moreover, Allah Almighty has threatened whoever can emigrate for the above-mentioned reason and does not: [Lo! As for those whom the angels take (in death) while they wrong themselves, (the angels) will ask: In what were ye engaged? They will say: We were oppressed in the land. (The angels) will say: Was not Allah's earth spacious that ye could have migrated therein? As for such, their habitation will be hell, an evil journey's end; Except the feeble among men, and the women, and the children, who are unable to devise a plan and are not shown a way. As for such, it may be that Allah will pardon them. Allah is ever Clement, Forgiving] (An-Nisaa’ 4:97–99).

This is, in fact, a strongly worded threat to whoever neglects emigration, when needed, without a legal excuse. Allah’s earth is spacious, and without doubt, there are many good places where one may practice one’s religion freely. In accordance with this meaning, Allah Almighty says, [Whoso migrateth for the cause of Allah will find much refuge and abundance in the earth] (An-Nisaa’ 4:100). Furthermore, Allah compensates those who emigrate for the properties left behind. The Almighty says, [To those who leave their homes in the cause of Allah, after suffering oppression, we will assuredly give a goodly home in this world; but truly the reward of the Hereafter will be greater; if they only realized (this)!] (An-Nahl: 41–42).

Among the different kinds of hijrah is the abandonment of wrongdoings such as acts of disbelief, polytheism, hypocrisy, and other evil deeds and bad morals. Addressing Prophet Muhammad, Allah Almighty says, [And idols, shun] (Al-Muddaththir 74:5). Avoiding idols, as stated in the verse, also implies denouncing them as well as the people who glorify them. Besides, the Prophet (peace and blessings be upon him) tells us that a Muslim is the one who avoids harming Muslims with his tongue and hands, and an emigrant is the one who abandons all what Allah has forbidden. The hadith indicates that one should forsake any deed, rule, word, food, or anything Allah Almighty has prohibited, as well as forbidden gaze and forbidden hearing. All such matters should be forsaken completely.

Another kind of hijrah is to desert wrongdoers such as disbelievers, hypocrites, immoral people, and the like, as Allah Almighty says, [And bear patiently what they say and avoid them with a becoming avoidance] (Al-Muzzammil 73:10). Here, Allah orders His Messenger (peace and blessings be upon him) to be patient with those foolish persons who belie him among his people, and to forsake them without blaming them.

The highest form of hijrah is the hijrah of the hearts to Allah through worshiping Him sincerely in secret and in public. In this form of hijrah, the true believer should not intend anything with his words and deeds except gaining Allah’s pleasure and should not love except Allah and whoever is loved by Allah. Similarly, hijrah to Allah’s Messenger can be fulfilled by following him and giving priority to obeying his orders over anybody else’s.

To conclude, discussing hijrah cannot be fulfilled by just narrating the stories and incidents of the Prophet’s Hijrah, nor by holding ceremonies and then, all of a sudden, everything ends, leaving no trace in the soul or effect on the behavior. Unfortunately, many of those who talk about hijrah every new year do not know its meaning or act according its objectives. They may even act in contrast with such meanings and objectives; and thus talking about hijrah becomes mere words, which are of no avail.

——————————————————————————–

* A member of The Saudi Counsel of Senior Scholars, the Permanent Committee for Islamic Research and Fatwas and the Fiqh Academy in Makkah affiliated to the Muslim World League.

source: http://www.islamonline.net/English/NewHijriYear/1426/MigrationoftheHeart/Articles/02.shtml

I’M TOO BUSY

I’M TOO BUSY

Everyday as i wake up at dawn
My mind start working the moment i yawn
There were many things to do, o dear!
That’s why i hastily did my Subuh prayer
I didn’t have the time to sit longer to
praise the Lord
To me rushing out after prayer is nothing odd…

Since school, i had been busy every minute
Completing my tutorials and handing it in
My ECAs took up most of my time always
No time did i have to Allah to pray
Too many things to do and zikir is rare
For Allah, I really had no time to spare..

When i grew up and started my career
Working all day to secure my future
When I reached home, I prefered to have fun
I chatted on the phone but i didn’t read the Quran
I spent too much time surfing the Internet
Sad to say, my faith was falling flat…

The only time i have left is weekends
During which i prefer window shopping with friends
I couldn’t spare time to go to the mosque
I’m too busy, that’s the BIG EXCUSE…

I did my five prayers but did so quickly
After prayer, I didn’t sit longer to reflect quietly
I didn’t have time to help the needy ones
I was loaded with work as my precious time runs

No time at all to visit a sick Muslim friend
To orphans and elderly, I hardly lent a hand
I’m too busy to do community service
When there were gatherings, I helped the least

My life was already full of stress
So i didn’t counsel a Muslim in distress
I didn’t spend much time with my family
B’coz i thought, doing so is a waste of time…

No time to share with non-Muslim about Islam
Even though I know, inviting causes no harm
No time to do Sunnah prayers at all
All these contribute to my imaan’s fall..

I’m busy here and busy there
I’ve no time at all, that’s all i care
I went for religious lessons, just once in awhile
Coz i’m too busy making a pile…

I worked all day and i slept all night
Too tired for Tahajjud and it seemed not right
To me, earning a living was already tough
so i only did basic deeds but that’s not enough..

No time at all, to admire God’s creation
No time to praise All_h and seek His Compassion
Although I know how short is my life
For Islam, I really didn’t strive..

Finally the day comes, when the Lord calls for me
And I stood before Him with my Life’s History

I feel so guilty b’coz i should have prayed more
Isn’t that what a Muslim lives for?
To thank Allah and do more good deeds
And the Quran is for us all to read..

Now at Judgement Day, I’m starting to fret
I’ve wasted my life but it’s too late to regret
My entry to Paradise depend on my good behaviour
But i’ve not done enough nor did proper prayer

My "good deed book" is given from my right
An angel opened my "book" and read out my plight.
Then the angel chided me….

"O You Muslim servant, you are the one,
Who is given enough time, yet not much is done
Do you know that your faith is loose?
saying "no time" is only an excuse.
Your "good deed book" should be filled up more
with all the good work you stood up for..

Hence, I only recorded those little good deeds
As I say this, I know your eyes will mist..
I was about to write some more, you see
But i did not have, THE TIME to list"…….

THE END..

Bersyair di dalam masjid

Oleh Dr Asri Zainul Abidin

Syair merupakan kebanggaan orang-orang Arab. Syair tidak boleh nak diandaikan dengan pantun, begitu juga tidak boleh diandaikan dengan gurindam sebab syair adalah syair. Namun untuk membuat satu syair, bukan semua orang Arab mampu. Hanya orang Arab yang mempunyai nilai sastra yang tinggi sahaja yang mampu buat syair sebab syair ada displin bahasanya yang tersendiri.

Syair-syair yang hebat pada zaman dahulu akan digantung di Ka`abah sebagai tanda memuliakan penyair dan syair yang dituliskan. Peranan syair dalam masyarakat Arab dahulu-kala amat penting sehingga menjadi media massa paling berkesan ketika itu. Kalau nak "angkat" seseorang, depa just masukkan penama tersebut dalam syair dan kemudiannya pi baca kat pasar-pasar yang menghimpunkan orangramai, maka orangramai akan berebut-rebut memuji penama tersebut kerana penyair masukkan nama orang itu di dalam syairnya. Oleh sebab itu, orang tak famous boleh jadi famous kerana syair.

Demikianlah pentingnya institusi syair dikalangan masyarakat Arab pada zaman Nabi saw sehingga Allah turunkan satu surah berkenaan dengan syair, iaitulah Surah asy-Syuara`. Dalam surah itu Allah marah kepada para penyair pada ayat 226, Allah kata: "…mereka mengatakan apa yang mereka tidak lakukan,…"…Maknanya, mereka cakap tak serupa bikin. Samalah dengan media massa hari ini pun, depa punya "goreng" benda yang tak elok sampai masyarakat boleh terima benda yang tak elok tu. Jadi pada asalnya, Islam tidak memusuhi syair, tetapi yang dimusuhinya ialah perangai penyair. Syair itu adalah suatu alat, maka sekiranya dimasukkan anasir yang baik, sudah tentu ia jadi baik. Begitulah juga sebaliknya. Dan begitulah juga dengan radio dan tv hari ini, kita tak boleh salahkan radio mahupun tv sebab mereka juga hanya alat, tetapi yang disalahkan ialah penerbit yang menguruskan rancangan-rancangan mungkar di radio dan di tv.

Sebab itu, Islam datang bukan untuk memusnahkan alat-alat itu, tetapi Islam datang untuk membaik-pulihkan institusi-institusi yang telah dirosakkan oleh tangan-tangan manusia. Banyak benda yang kalau Islam basmi, Islam akan ganti dengan yang lebih baik. Contohnya dalam masalah minuman, Islam haramkan arak, namun Islam halalkan banyak jenama minuman yang tak larat kita nak sebut. Islam haramkan judi, tapi Islam halalkan hadiah. Islam haramkan tenung nasib, tapi Islam ajarkan solat istikharah. Pendekata Islam datang bukan untuk merobohkan masyarakat, tetapi Islam datang dengan perubahan untuk membangunkan masyarakat dengan menepiskan segala anasir-anasir jahat yang merosakkan masyarakat.

Dari Abu Yaman al-Hakam bin Nafi` menyampaikan kepada kami (al-imam Bukhari), katanya Shuib mengkhabarkan kepada kami daripada az-Zuhri katanya: "Abu Salamah bin Abdurrahman bin Auf mengkhabarkan kepada aku bahwa ia mendengar Hassan bin Tsabit al-Ansari meminta kepada Abu Hurairah menjadi saksi kepadanya dengan berkata: "Aku memungut kepada Allah melalui engkau, adakah engkau mendengar Nabi saw bersabda: "Hai Hassan, jawablah syair kaum itu bagi pihak Rasulullah." Kemudian Nabi saw berdoakan kepada Hassan: "Ya Allah, perkuatkanlah dia dengan ruhil qudus (Jibril as)." Jawab Abu Hurairah: "Ya benar." Hassan bin Tsabit adalah sahabat Nabi saw yang pandai dalam syair. Apabila Hassan bin Tsabit masuk Islam, Nabi tak pencenkan Hassan dari kariernya sebagai seorang penyair sebab peranan Hassan amat penting dalam perkembangan Islam dari sudut itu. Malah Nabi menasihati Hassan supaya bersyair sesuai dengan tuntutannya sebagai seorang muslim. Nampak tak tuan-tuan, bijaknya Nabi dalam menggunakan kemahiran yang ada pada seseorang sahabatnya. Sebab itu kalau kita tengok sejarah, setiap tokoh-tokoh yang baru masuk Islam, Nabi tidak singkir mereka dari kedudukan mereka. Contoh macam Saidina Umar al-Khatab yang bersifat garang. Bila Umar masuk Islam, sekali-kali kita tak pernah dengar Nabi kata kat Umar, "Hang jangan dok garang sangat!"…Malah Nabi minta garang yang ada kat Umar tu kena pada tempatnya. Begitu juga Khalid al-Walid yang begitu hebat dalam peperangan. Dialah yang memberi pukulan maut kepada tentera-tentera Islam di medan Uhud. Tapi bila dia masuk Islam, Nabi tak kata kat dia, "Khalid, hang patah buang pedang hang. Pi cari tasbih, mai duduk di masjid."…Nabi tak kata macam tu, malah Nabi mengekalkan jawatan Khalid sebagai komander di bidang ketenteraan. Kalau dulu Khalid pergi berperang berpandukan konsep jahiliyah, tetapi sekarang Khalid pergi bersama kalimah Allah. Sebab itu, ada riwayat yang menyebut bahwa Khalid antara sahabat yang paling sedikit pi mengaji kerana dia sibuk di medan perang. Begitu juga dengan Abu Sufyan. Sebelum pembukaan kota Mekah, Abu Sufyan datang berjumpa dengan Nabi untuk menggabungkan dirinya bersama dengan Islam. Dengan kemuliaan dan kehormatan yang ada pada diri Abu Sufyan dikalangan masyarakat Quraisy Mekah, maka Nabi mengambil hati Abu Sufyan dengan menunjukkan contoh ini kepada kaum Mekah, kata Nabi, "Sesiapa yang masuk ke dalam Masjidil Haram, dia selamat. Sesiapa yang masuk ke dalam rumah Abu Sufyan juga dia selamat."…Ini dia Islam tuan-tuan, yang datang bukan nak buang benda-benda macam tu, tapi Islam datang nak perbetulkan keadaan. Maka dengan itu, dari hadith Bukhari yang lain juga pernah Nabi saw bersabda, "Sesungguhnya manusia itu bagaikan barang galian yang terpilih semasa jahiliyah, namun terpilih juga semasa Islam."…Jadi, Hassan bin Tsabit juga gitu, beliau seorang yang terpilih dikalangan penyair ketika jahiliyah, namun apabila masuk Islam, beliau terus menggunakan syairnya untuk mempertahankan ajaran Rasulullah saw.

Dalam riwayat di atas kita tengok bagaimana pernah Nabi saw minta Hassan bin Tsabit bangkit membalas hentaman kaum Quraisy dalam bentuk syair kerana kaum Quraisy guna syair untuk hentam Nabi. Nampak tak tuan-tuan, bagaimana Nabi menggunakan medium yang paling canggih waktu itu untuk menyerang kembali tohmahan-tohmahan yang diterimanya. Boleh saja Nabi saw menggunakan ayat-ayat al-Quran seperti dalam Surah asy-Syuara` untuk mematahkan hujjah-hujjah kaki-kaki penyair kufar Quraisy, tapi Nabi tidak mengambil kesempatan itu dengan baginda tetap menyuruh Hassan bin Tsabit menjawab dengan syairnya. Nabi nak ajarnya apa?…Nabi nak ajarnya ialah kita lawan musuh setanding dengan apa yang musuh ada. Seperti yang disebut dalam Quran, "Dan bersiap-sedialah kamu menghadapi musuh dengan apa cara yang kamu mampu." Kalau dulu waktu zaman Nabi, persiapan kuda-kuda amat penting; maka sekarang, kita perlukan kepada kereta-keretakebal dan jet-jet pejuang. Maknanya selesai mempersiapkan kelengkapan untuk berperang, maka barulah berdoa bertawakkal kepada Allah.

Hari ini kita tengok Islam bukan saja diserang dari segi ketenteraan, malah turut diserang di alam cyber. Jadi tuan-tuan yang mahir berhujjah dalam internet, buka dan masuklah ke laman-laman musuh Islam, berhujjahlah dengan puak-puak kufar dan munafiq secara berhikmah. Sebarkan maklumat tentang Islam semampu mana yang boleh. Orang Islam mesti guna segala kesempatan yang membolehkan dia sampaikan Islam. Bukan mesti tunggu ustaz-ustaz saja yang sampaikan Islam, tuan-tuan juga kena involve dalam misi ini. Bukannya apa, tanpa Islam, kita orang Melayu pasti akan dihina. Inilah yang amat dibimbangi sebab contoh dah ada di depan mata. Tengok saja apa yang dah jadi pada Arab hari ini? Dulu, segala tamadun yang mereka bina samada di Baghdad mahupun di Sepanyol adalah semata-mata kerana Islam. Hari ini apabila Arab tinggalkan Islam dengan ber"kiblat"kan Amerika, macam-macam kita tengok dah jadi kat depa. Depa londeh habih bagi kat Amerika, bukan Amerika nak balas jasa baik depa, malah Amerika pi bunuh saudara Arab depa di Iraq. Di sinilah betapa benarnya kata-kata masyhur Saidina Umar al-Khatab, "Kita adalah kaum yang Allah muliakan dengan Islam. Apabila kita cari kemuliaan selain dari Islam, Allah pasti hinakan kita!"…Sekarang, betul-betul Allah dah hinakan orang Arab. Sepatutnya Arab kena malu kat Chechnya kerana negara kerdil itu berjaya halau Rusia, sedangkan orang Arab duduk di sekeliling Palestin, namun mereka masih gagal membebaskan Palestin. Dulu, memang orang-orang Arab pakar tunggang kuda, pakar memanah, pakar syair, pintar dan kuat ingatan, walaupun sebelum kedatangan Islam lagi memang dah ada ciri-ciri ini kepada orang Arab. Tetapi mereka tidak dapat memanafaatkan kebolehan mereka itu melainkan setelah Islam datang. Bila Islam datang, barulah terserlah kekuatan orang-orang Arab sehingga Rom dan Parsi jatuh, padahal sebelum itu, mereka sangat-sangat takut kepada Rom dan Parsi. Maknanya, Islamlah yang menguatkan Arab. Tetapi hari ini, apabila mereka tinggalkan Islam, apapun depa tak dapat. Chechnya yang bukan Arab itu, apabila dia balik kepada Islam, Rusia pun boleh tumbang kat dia. Kalau Chechnya pukoi kerajaan Thailand, sapa pun tak pandang. Hatta kalau Chechnya tumbangkan kerajaan India sekalipun, dunia juga tidak akan pandang. Tetapi sekiranya dia pukoi satu kuasa besar dunia seperti Rusia dan Rusia menghadapi masalah dengannya, maka itu merupakan satu kemuliaan yang Allah bagi kat depa.

Allahu ta`ala `alam
11 Jan 2006

Nasyid Bid’ah ? [sebuah ringkasan buku]

Oleh Isham Abdul Mun’im Al-Murry Fiqih

Ringkasan Buku: Nasyid Bid’ah ?
Pengarang : Isham Abdul Mun’im Al-Murry
Penerjemah: Kathur Suhardi
Penerbit : Darul Falah, Jakarta, Mei 2002 (I)

Cobaan nasyid dengan label “Islamy” telah menimpa kaum Muslimin sejak lama. Pada zaman Imam Syafi’i, nasyid tersebut dinamakan at-taghbir atau qashidah sufiyah atau qashidah zuhudiyyah, sedangkan masa sekarang ini disebut “nasyid Islamy’. Pertama kali nasyid hanya dibawakan bagi kalangan terbatas pada acara-acara tertentu, lalu berkembang disertai tabuhan papan dan gendang dan dinyanyikan oleh kaum lelaki yang selanjutnya sekarang bermunculan grup-grup nasyid khusus yang terekam suaranya dalam kaset. Dan tidak hanya dalam acara pernikahan, namun nasyid pun kemudian merambah ke acara keagamaan dengan alasan sebagai sarana dakwah.

Di sisi lain, kita mendapati bahwa semakin banyak pemuda pemudi yag malas menghafalkan Al-Quran dengan alasan tidak ada kesempatan dan sibuk dengan kegiatannya. Juga ada beberapa orang yang mengadu kepada ALLOH karena tidak bisa memelihara diri dengan kesibukannya atas nasyid-nasyid ini, karena memang banyak sekali kerusakan yang ditimbulkan oleh nasyid, antara lain:

1.
Menghabiskan waktu.

2.
Melakukan penyerupaan dengan musik dari Barat dan Timur (terutama kaum nasrani).

3.
Menyerupai kebiasaan orang-orang sufi suka melagukan dzikir.

4.
Melibatkan anak-anak kecil dan gadis yang belum baligh.

5.
Mengganti bacaan Al-Quran dan As-Sunnah dengan lagu dan nasyid, sehingga dimana-mana nasyid sudah menggeser bacaan Al-Quran.

6.
Sering menggunakan beberapa instrumen musik (karena alat-alat musik dan musik adalah haram hukumnya dalam agama, dan nashnya bersifat qoth’i dalam al-Qur’an dan Hadits - admin).

7.
Munculnya beberapa grup nasyid sebagai profesi, dan sebagian di antaranya adalah kaum lelaki.

8.
Seringkali dalam nasyid terdapat kata-kata dusta, perumpamaan ataupenggambaran yang melampaui batas.

Padahal jika kita mau menyimak, ALLOH telah memperingatkan dalam Kalam-Nya yang mulia:

“Dan apakah tidak cukup bagi mereka bahwa Kami telah menurunkan kepadamu Al-Kitab, sedangkan dia dibacakan kepada mereka? Sesungguhnya dalam (Al-Quran) itu terdapat rahmat yang besar dan pelajaran bagi orang yang beriman” (Q.S. Al-Ankabut: 51)

Dalam tafsirnya, Syaikh Ibnu Sa’dy berkata:

“Semua itu sudah cukup bagi orang yang menginginkan kebenaran dan berbuat untuk mencari kebenaran. Namun ALLOH tidak mencukupkan bagi orang yang tidak merasa cukup dengan Al-Quran dan Dia juga tidak memberikan kesembuhan kepada orang yang merasa tidak cukup mengambil obat dari Al-Quran. Siapa yang merasa cukup dengan Al-Quran dan menjadikannya sebagai petunjuk, maka dia mendapatkan rahmat dan kebaikan. Karena itulah, ALLOH berfirman, ‘Sesungguhnya dalam (Al-Quran) itu terdapat rahmat yang besar dan pelajaran bagi orang-orang yang beriman’. Pasalnya, di dalam Al-Quran bisa didapatkan ilmu yang banyak, kebaikan yang melimpah, pensucian bagi hati dan ruh, membersihkan akidah dan menyempurnakan akhlaq, di dalamnya terkandung pintu-pintu Ilahi dan rahasia-rahasia Robbani”.

Dalam sebuah hadits yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa salam bersabda:

“Lebih baik rongga seseorang di antara kalian diisi nanah daripada dia memenuhinya dengan sya’ir”.

Ibnu Hajar menyatakan bahwa hadits ini sangat mencela syair dan menghardik orang-orang yang menyibukkan diri dengan syair agar lebih memperhatikan Al-Quran. Padahal dalam sebuah hadits disebutkan bahwa setiap huruf Al-Quran ada sepuluh kebaikan, sehingga sungguh merugi dan celakalah orang-orang yang menghabiskan waktu siang dan malamnya untuk kepentingan nasyid itu. Mereka melupakan hadits:

“Bukan termasuk golongan kami orang yang tidak melagukan Al-Quran” (HR. Bukhori).

Menurut Al-Qurthuby artinya melagukannya agar dapat melalaikan yang lain. Ini juga merupakan penakwilan Al-Bukhory tentang ayat di atas.

Mengingat ruh dapat menguat karena hikmah dan pelajaran yang didengarnya serta membuatnya dapat hidup, maka ALLOH mensyari’atkan hamba-hamba-Nya untuk mendengarkan hal-hal yang dapat menguatkan hati dan menambah iman, yang terkadang pensyariatan itu hukumnya wajib, seperti mendengarkan Al-Quran, dzikir dan nasehat pada hari Jumat saat khutbah dan mendengarkan bacaan Al-Quran saat shalat jahr. Sesungguhnya jika hati meyakini keagungan apa yang didengarnya dan memikirkan apa yang dikandung Al-Quran, tentu ia akan gemetar karena takut kepada ALLOH.

Abu Sa’id Al-Khazzaz berkata,
“Siapa mencintai ALLOH, berarti dia mencintai Kalam-Nya, sehingga dia tidak merasa kenyang membacanya”.

Dan perkataan Syaikhul Islam ibnu Taimiyah yang memuji sikap Imam Asy-Syafi’i yang meninggalkan at-taghbir:
“Ini termasuk kesempurnaan pengetahuan Asy-Syafi’i dan ilmunya tentang agama. Sesungguhnya jika hati terbiasa mendengar qashidah dan bait-bait syair serta menikmatinya, tentu ia akan menghindar dari mendengarkan ayat-ayat Al-Quran. Dia lebih suka mendengarkan perkataan syetan daripada mendengarkan perkataan ALLOH ”

Penulis menukil penjelasan Syaikh Albany dalam bukunya “Pengharaman Alat-alat Musik”, bahwa kaum sufi banyak menyanyikan lagu karena dorongan hawa nafsu dan kebodohan terhadap tipu daya setan, karena hal tersebut adalah cara haram untuk mendekat kepada ALLOH. Apapun namanya ‘nasyid religius’ itu, entah dengan cara mendengarnya atau menyimaknya, lagu tersebut merupakan hal baru yang diada-adakan, yang tidak pernah dikenal pada abad-abad yang diketahui sebagai abad yang diwarnai dengan kebaikan.

Ibnu Taimiyah berkata,
“Secara pasti sudah diketahui dalam Islam bahwa Nabi Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam tidak mensyari’atkan kepada orang-orang yang sholih dari umat ini, ahli ibadah dan zuhud untuk berkumpul mendengarkan bait-bait syair yang dilantunkan dengan tepuk tangan atau tabuhan gendang, sebagaimana beliau melarang seseorang mengikuti apa-apa yang biasa dilakukan ahli hikmah, baik yang berkaitan dengan urusan zhahir atau batin, baik bagi orang awam atau orang khusus”.

Dan Syaikh Albany menjelaskan bahwa majelis dzikir orang sufi yang di dalamnya dilantunkan lagu-lagu itu pantas dinamakan majelis dendang lagu dan bukan majelis dzikir seperti sangkaan mereka, atau majelis nyanyian dan bukan majelis membaca Al-Quran atau sholawat kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam.

Pada halaman selanjutnya, penulis membawakan fatwa dari Syaikh Shalih bin Fauzan al-Fauzan yang intinya bahwa penamaan nasyid Islami merupakan penamaan baru. Di seluruh kitab orang-orang salaf (orang-orang terdahulu) ataupun pernyataan para ulama, tidak ada nama nasyid Islami. ALLOH mensyariatkan dzikir kepada-Nya, membaca Al-Quran dan mempelajari ilmu yang bermanfaat, adapun nasyid itu berasal dari agama orang sufi yang memang biasa membuat bid’ah, menjadikan agama mereka sebagai permainan dan senda gurau.

Selanjutnya dibawakan pula fatwa dari Syaikh Muhammad bin Shalih bin Al-Utsaimin bahwa jika nasyid itu dilantunkan apa adanya tanpa dendangan dan tanpa diiringi tabuhan alat musik, maka tidak ada salahnya jika mendengarnya. Tapi dengan syarat, seseorang tidak boleh menjadikannya sebagai kebiasaan dan hatinya tidak boleh bergantung kepadanya, sehingga tidak bisa mengambil manfaat kecuali dengan sambil mendengar nasyid, karena memang nasyid ini adalah buatan orang sufi, sehingga harus ditinggalkan dan kembali kepada AlQuran dan As-Sunnah, kecuali jika berada di medan jihad untuk membakar semangat, maka hal ini bagus.

Syaikh Ahmad bin Yahya bin Muhammad An-Najmy memberi fatwa bahwa tidak diragukan lagi nyanyian pada zaman sekarang ini -yang katanya untuk membangkitkan hati- adalah sebenarnya tidak membangkitkan kecuali keinginan terhadap dunia dan menghindari akhirat, merusak akhlak dan ilmu. Kemudian masih ada dua fatwa lagi mengenai bid’ahnya nasyid Islami ini yang dapat Anda baca di halaman selanjutnya.

Pada bagian akhir, dijelaskan bahwa gerakan hati secara sempurna bagi orang yang berakal itu bersumber dari mendengarkan Al-Quran, terutama untuk menyembuhkan hati yang sakit, meskipun tidak setiap orang layak mendapat taufik untuk mencari kesembuhan dengan Al-Quran. Dan dinafikan (dibantah) pula oleh Ibnul Qoyyim mengenai penyembuhan hati lewat tangan para pujangga, penyair, penutur cerita atau pada penyanyi nasyid Islami, karena mereka hanya akan menambah sakit.

Dalam bagian penutup, penulis menyajikan fatwa Syaikhul Islam ibnu Taimiyah mengenai mendengarkan yang sesuai dengan syar’i, yaitu dengan mendengarkan Al-Quran, karena inilah perbuatan para nabi, orang-orang yang berilmu, dan orang-orang Mukmin. Islam sudah diturunkan dengan sempurna, sehingga Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam tidak akan mengabaikan kemaslahatan agama dan tidak akan melupakan sesuatu yang dapat mendekatkan orang Mukmin kepada ALLOH. Dan bagi orang yang terkena cobaan nasyid ini, penulis memberikan cara penyembuhannya, sampai kemudian beliau menutup risalah ini dengan memberikan nasehat: “Engkau akan mendapatkan dari Al Quran apapun yang engkau kehendaki, baik ilmu, bashiroh, hidayah, ataupun yang lainnya”.