Archive for September, 2006

Kepalsuan hadis kelebihan Tarawih

Kepalsuan hadis kelebihan Tarawih

Diterbitkan dan diedar secara percuma oleh:

DARUL QURAN WAS-SUNNAH
Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2
Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-7645816

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata’ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu ‘alaihi wasallam serta para sahabatnya.

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut,

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:

  • Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
  • Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
  • Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
  • Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
  • Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
  • Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
  • Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu’ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam? seterusnya dia berkata: Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah

  1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
  2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur’an dan hadis-hadis sahih.
  3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.
  4. Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W. 

Ramadan tuntut Muslim muhasabah diri

6781

‘Tawaran istimewa’ perangsang umat rebut ganjaran tiada pada bulan lain

RAMADAN akan menjelang dan umat Islam pasti menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Tidak kurang pula, ada sebahagian umat Islam yang mengeluh dan merungut kehadiran Ramadan yang menuntut setiap Muslim melaksanakan kewajipan berpuasa padanya yang dianggapnya sebagai satu beban baginya. Begitulah pelbagai ragam kehidupan umat Islam sempena kedatangan Ramadan yang penuh berkat.

Hadirnya Ramadan begitu bermakna dalam kehidupan Muslim yang bertakwa kepada Allah. Ia kerana Ramadan yang bakal menjelang menjanjikan pelbagai keistimewaan dan ganjaran berlipat ganda disediakan Allah kepada Muslim yang benar-benar bertakwa kepada-Nya. Ramadan menuntut setiap Muslim merenung dan bermuhasabah diri persediaan dan amalan yang sepatutnya dilakukan sebelum, semasa dan selepas Ramadan.

Muhasabah terhadap persediaan ini amat penting kerana Ramadan hanya datang sekali setahun, tambah pula apakah setiap Muslim menyakini bahawa dia akan terus bernyawa pada Ramadan akan datang. Biarlah pada Ramadan kali ini, seseorang Muslim dapat melaksanakan yang terbaik sepanjang bulan mulia ini sebelum ditakdirkan bertemu menghadap Allah pada bila-bila masa.

Di samping itu, seorang Muslim yang bijaksana di sisi Allah adalah seorang yang akan memanfaatkan segala kelebihan dan keistimewaan yang terhimpun sepanjang Ramadan dengan berpuasa pada siang harinya dan beribadat sunat pada malam harinya.

Persediaan pertama yang wajib dilakukan oleh setiap Muslim ialah persediaan jasmani dan rohani. Ia kerana amalan ibadat sepanjang Ramadan yang berkaitan dengan amalan zahir dan batin membabitkan penyertaan jasmani dan rohani setiap Muslim.

Oleh sebab itulah, kita melihat Rasulullah SAW membuat persediaan menyambut Ramadan dengan berpuasa sunat pada Rejab dan Syaaban.

Begitulah persiapan orang Mukmin yang benar-benar bertakwa dan beristiqamah dalam hidupnya sehingga mereka mempersiapkan diri bukan sahaja dari sudut fizikal, tetapi dari sudut rohani. Mereka sudah mula membersihkan diri dan hati mereka sebelum menyambut Ramadan supaya hati mereka sudah bersedia untuk menerima cahaya Allah, rahmat-Nya dan kurnia-Nya yang tidak terhingga.

Seorang ahli hikmat pernah berkata: Sesungguhnya Rejab adalah bulan untuk memohon ampun daripada segala dosa. Syaaban pula untuk memperbaiki hati daripada segala kecacatan dan Ramadan bagi memberi penerangan hati, sedang malam al-Qadar adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Setiap Muslim juga dituntut mengulang kaji segala persoalan yang berkaitan dengan masalah ibadat puasa, baik mengenai rukun, syarat, sunat, makruh, adab, faedah, manfaat, rahsia dan hikmah yang terkandung di dalamnya.

Kesempurnaan ibadat puasa dan penerimaannya di sisi Allah amat bergantung kepada cara pelaksanaannya sama ada berdasarkan sunnah Rasulullah SAW atau sebaliknya. Malah, mengetahui cara melakukan ibadat puasa dengan betul adalah antara ciri ketakwaan yang ditegaskan Allah sebagai objektif utama pensyariatan ibadat itu kepada umat Islam.

Ketika menjalani ibadat puasa, setiap Muslim diwajibkan berusaha mengekang diri daripada segala kecenderungan negatif yang boleh mencacatkan kesempurnaan fadilat puasa. Ia kerana matlamat utama puasa ialah menahan diri daripada segala runtunan hawa nafsu duniawi baik yang kecil mahupun besar, sama ada berkaitan dengan nikmat jasmani seperti makan, minum dan seks atau penyakit rohani seperti mengumpat, dengki, sombong dan seumpamanya.

Seiringan itu, setiap Muslim seharusnya memperbanyakkan amalan salih pada malam harinya dengan amalan sunat seperti solat tarawih, solat witir, solat tahajud, tadarus al-Quran, iktikaf dan sebagainya. Pada siangnya, kegiatan seorang Muslim hanya bertumpu pada melaksanakan ibadah wajib iaitu puasa, maka pada malam harinya pula dia mengumpul segala kekuatan yang sedia ada untuk melaksanakan ibadat sunat anjuran Islam. Bukankah Allah sudah menjanjikan pahala satu amalan wajib pada Ramadan menyamai 70 amalan wajib pada bulan lain dan satu amalan sunat pula menyamai satu amalan wajib pada bulan lain.

Sepatutnya ‘tawaran istimewa’ yang Allah sediakan pada Ramadan ini menjadi perangsang bagi Muslim yang bertakwa untuk merebut ganjaran berlipat ganda dan tidak ada pada bulan lain.

Seterusnya, seorang Muslim sejati akan tetap melaksanakan kegiatan sehariannya seperti biasa tanpa sebarang keuzuran atau pengecualian. Ibadat puasa tidak sepatutnya menjadi penghalang bagi seseorang Muslim untuk melakukan kerja sehariannya ikhlas kerana Allah. Perlu ditegaskan bahawa sebarang kegiatan dan kerja seharian jika diniatkan ikhlas kerana Allah akan bernilai menjadi satu ibadat. Sedangkan semua amalan ibadat akan diberikan Allah ganjaran sehingga ratusan kali ganda. Untuk itu, mengapa perlu disia-siakan detik berharga yang menghiasi sepanjang Ramadan sehingga diisi dengan tidur dan bermalas-malasan sepanjang hari. Alangkah ruginya manusia yang tidak memanfaatkan kelebihan dan keistimewaan yang Allah hamparkan sepanjang Ramadan ini.

Oleh itu, Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar menyambut Ramadan dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan, di samping persediaan sewajarnya supaya Ramadan yang bakal mendatang menjanjikan keberkatan, kerahmatan dan keredaan Ilahi juga. Perumpamaan Ramadan sama seperti kedatangan seorang tetamu besar yang datang bersama buah tangan atau hadiah khas kepada tuan rumah.

‘Keberkatan’ buah tangan atau hadiah itu tentunya hanya diberikan kepada tuan rumah yang menyambut kedatangannya dengan baik dan penuh ceria, bukannya dengan ala kadar. Begitulah juga Ramadan dengan pelbagai aneka keberkatan, kerahmatan dan keistimewaannya hanya dikurniakan kepada setiap Muslim bertakwa yang menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan pengisian amalan salih pada siang dan malamnya demi meraih keredaan Ilahi dan kenikmatan syurga di akhirat kelak.

  • PENULIS ialah Timbalan Dekan Sekolah Pengajian Islam Universiti Darul Iman Malaysia, kampus Kusza Gong Badak, Terengganu.
  • Istiqamah daya kekuatan Muslim laksana tuntutan Islam

    0910_islamlr

    Istiqamah daya kekuatan Muslim laksana tuntutan Islam

    ISTIQAMAH secara umumnya bermaksud menumpukan komitmen untuk melaksanakan sesuatu perkara dengan penuh konsisten dan kesungguhan. Istiqamah adalah sikap terpuji yang perlu diamalkan oleh setiap individu Muslim.
    Sifat yang mulia ini adalah salah satu daripada sifat yang sangat dituntut oleh Islam. Allah berfirman bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang Satu; maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredaan-Nya), serta pohonlah kepada-Nya mengampuni (dosa-dosa kamu yang telah lalu) dan (ingatlah), kecelakaan besar bagi orang yang menyengutukan-Nya (dengan sesuatu yang lain)," (Surah Fussilat, ayat 6).

    Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Katakanlah, aku beriman dengan Allah kemudian teguhkan pendirian kamu." (Hadis riwayat Muslim).

    Istiqamah adalah daya kekuatan yang diperlukan sepanjang hayat manusia dalam melaksanakan tuntutan Islam. Ia merangkumi amalan hati; lisan dan anggota tubuh badan. Jelasnya, segala amalan yang dapat dirumuskan dalam pengertian ibadah sama ada fardu ain atau kifayah memerlukan istiqamah.

    Ada beberapa perkara yang boleh menjana sikap istiqamah dalam diri setiap individu Muslim antaranya:

  • Ilmu dan maklumat yang mantap

    Kekuatan ilmu adalah perkara utama dalam menjana istiqamah. Melalui ilmu akan menumbuhkan keyakinan dan keimanan yang kukuh. Oleh itu, ilmu pengetahuan adalah perkara yang mesti dipelajari terlebih dulu sebelum ibadah dapat dilakukan dengan sempurna.

    Perkaitan di antara ibadah dan istiqamah dijelaskan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: "Dan juga supaya orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepada-Nya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhi-Nya; dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang yang beriman ke jalan yang lurus." (Surah al-Hajj, ayat 54).

  • Bersahabat dengan orang yang beristiqamah

    Sahabat adalah cermin bagi seseorang seperti dinyatakan Rasulullah SAW dalam hadis baginda yang bermaksud: "Orang mukmin laksana cermin bagi mukmin yang lain (untuk membetulkan diri)." (Hadis riwayat Abu Daud).

    Orang yang berjiwa istiqamah akan sentiasa berbuat kebajikan, nasihat-menasihati dan tidak mudah berputus asa serta sabar dalam melaksanakan ibadah. Justeru, kita perlu berhati-hati memilih sahaba kerana implikasi bersahabat amat besar dalam mempengaruhi mentaliti dan moral kita.

  • Menghayati sirah orang yang beristiqamah

    Sirah dan sejarah hidup orang yang beristiqamah wajar dikaji dan diamalkan dalam diri kita. Dengan cara ini, pengaruh positif mereka bakal meninggalkan kesan yang baik kepada seseorang untuk menimbulkan keazamannya dalam meneladani kehidupan mereka.

    Sikap istiqamah mereka terpancar dari sudut keilmuan seperti kegigihan dalam menuntut serta menyampaikan ilmu dan menulis karya ilmiah yang agung. Selain itu, umat Islam perlu sentiasa menghayati ketahanan daya istiqamah pejuang terdahulu dalam jihad.

  • Mujahadah melawan hawa nafsu

    Antara faktor yang dapat membantu kita untuk mencapai sikap istiqamah ialah mujahadah iaitu mengarahkan hati untuk berjuang melawan runtunan nafsu yang merangsang ke arah kejahatan. Di samping itu, keinginan nafsu serta kehendak duniawi wajar dibimbing sehingga ia menjurus ke arah kebaikan dan keikhlasan kerana Allah semata-mata.

  • Berdoa dan bertawakal kepada Allah.

    Umat Islam perlu berdoa memohon pertolongan Allah dalam apa juga urusan hidup, sama ada pada saat senang mahupun pada waktu ditimpa kesusahan.

    Dalam hal ini ulama hadis, al-Imam al-Syaukani menyatakan bahawa doa adalah darjat ibadah paling tinggi dan mulia. Justeru, umat Islam perlu menggunakan senjata rohaniah ini untuk memohon petunjuk Allah supaya segala tuntutan akan dapat direalisasikan secara istiqamah dan dengan penuh keikhlasan.

  • ISLAM, SIKAP POSITIF DAN SAINS

    Artikel ini pernah diterbitkan oleh Majalah I, terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.

    Islam mahu umatnya bersikap positif dalam hidup. Oleh kerana itu umat Islam disuruh bersabar dan cekal ketika dilanda ujian. Lebih dari itu mereka juga disuruh bersangka baik dengan Allah dan menganggap ujian yang menimpa mempunyai banyak kebaikan bagi kehidupan mereka. Dengan sikap yang positif seperti ini umat Islam mencapai kebaikan di dunia dan akhirat. Dalam surah Az-Zumar ayat 10 Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah mengganjari mereka yang bersabar dengan ganjaran yang banyak yang tidak dapat dihitung.”


    Kesabaran dalam Islam mempunyai hubung kait dengan Allah. Umat Islam dididik untuk memahami bahawa kesabaran adalah sebahagian daripada iman. Justeru kesabaran mempunyai keuntungan dan kebaikannya di sisi Allah. Jika umat Islam bersabar ketika menerima musibat, ia akan jambatan untuk mendapat pertolongan Ilahi. Dalam surah Al-Baqarah ayat 155, Allah menjanjikan, “Berikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar.” Ini bermaksud kesabaran ada khabar gembiranya dan ada keuntungannya! Jaminan seperti ini sudah pasti akan melahirkan optimisme di hati mereka yang diuji. Optimisme ini akan melahirkan usaha dan amal dan kesemua ini akan dilakukan dengan ketabahan dan kecekalan. Justeru dalam Islam kesabaran tidak dapat dipisahkan dari optimisme dan sikap yang positif. Kesemua ini lahir disebabkan keimanan dan keyakinan kepada Allah.


    Musibat Dan Sikap Yang Betul


    Umat Islam menyedari sejak dari awal lagi dunia ialah tempat ujian dan tribulasi dan syurga ialah tempat kesenangan yang abadi. Justeru umat Islam bersedia untuk bersabar dengan segala ujian di dunia. Pada ketika yang sama mereka akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat yang diidamkan. Dalam surah Al-Baqarah ayat 155 Allah berfirman, “Sesungguhnya Kami pasti menguji mu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada mereka yang sabar.”


    Walau bagaimanapun ujian yang menimpa ini tidak akan berterusan selama-lamanya. Ia hanyalah merupakan satu proses pendidikan dan pembangunan diri yang diperlukan sebelum kejayaan dan kemenangan dicapai. Inilah yang dijanjikan Allah dalam surah As-Syarh ayat 5-6, yang bermaksud, “Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kesenangan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kesenangan.” Hal ini diperkukuhkan lagi melalui sabda nabi yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi yang bermaksud, “Sesungguhnya kejayaan bersama-sama dengan kesabaran, kelapangan bersama-sama dengan kesusahan dan sesungguhnya berserta dengan kepayahan ialah kesenangan.”


    Tambahan dari itu ujian menggugurkan dosa. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, nabi bersabda, “Tidak ada satu pun musibat yang menimpa ke atas seseorang Muslim, sama ada kepenatan, sakit yang kronik, kerisauan, kesedihan, sebarang kesakitan dan kemurungan, sehingga duri yang terkena di badannya, melainkan ia akan menjadi kifarat baginya dari dosa-dosa.”


    Oleh sebab itu bukanlah suatu yang pelik jika umat Islam berterima kasih serta bersyukur kepada Allah apabila sesuatu ujian menimpa mereka. Berhubung dengan ini Omar Al-Khattab pernah berkata, “Jika aku mendapat ujian duniawi aku bersyukur kerana terdapat padanya empat nikmat, pertama, ujian itu tidak berkaitan dengan agama. Kedua, ia tidak begitu besar berbanding ujian agama. Ketiga, aku akan mendapat keredhaannya dengan ujian itu dan keempat aku mengharapkan pahala daripadanya.” Inilah fikiran positif yang hebat lagi mengagumkan.


    Fikiran Positif Dari Penjuru Taif


    Ketika Islam ditentang dengan kerasnya di Mekah, di akhir bulan Syawal tahun ke-10 selepas kebangkitan nabi (mengikut Abu Zahrah dalam Khatimun Nabiyyin), nabi bertolak menuju ke kota Taif bertujuan untuk menyebarkan Islam di sana. Baginda ditemani oleh sahabat Zaid bin Harithah. Setibanya baginda di Taif baginda menemui pemuka-pemuka Taif terlebih dahulu dan mengajak mereka kepada Islam. Sambutan masyarakat Taif terhadap seruan nabi amat dingin sekali. Hamba-hamba sahaya serta kanak-kanak dari kalangan Bani Thaqif melempari baginda dengan batu sehingga berdarah kepala serta kedua belah kaki baginda. Nabi pun mengundurkan diri dan berehat di bawah satu pohon yang rendang dan terus bermunajat kepada Allah. Antara isi munajat baginda ialah, “Jika Engkau tidak murka ke atas ku aku tidak mempedulikan apa yang telah berlaku.”


    Mengikut Imam Muslim, ketika itu datanglah malaikat penjaga gunung meminta izin kepada baginda untuk menimpakan gunung Taif ke atas mereka. Hasrat malaikat gunung ini dilarang oleh nabi. Sebaliknya baginda berkata, “Aku mengharapkan Allah akan membangkitkan dari kalangan mereka satu generasi yang akan menyembah Allah dan tidak menyekutukan apa-apa pun dengannya.”


    Inilah kesabaran dan fikiran positif yang tidak ada tolok bandingannya. Baginda mendapat kesempatan untuk membalas dendam ke atas Bani Thaqif, namun baginda bersabar dan tidak berputus asa. Lebih dari itu baginda berkeyakinan bahawa masa depan mereka masih cerah. Tidak mustahil pada suatu hari nanti generasi muda dari kalangan mereka akan memeluk agama Islam. Pernahkah anda menemui fikiran positif yang lebih hebat dari ini?


    Sabar, Fikiran Positif dan Sains


    Fikiran positif akan meningkatkan kesihatan seseorang. Kajian yang dilakukan di Harvard School of Public Health and the Department of Veterans Affairs menunjukkan golongan tua yang optimis mempunyai risiko yang rendah menghidap sakit jantung koronari. Penemuan ini dimuatkan di dalam majalah Psychosomatic Medicine bagi edisi November / Disember, 2001.


    Satu kajian yang dilakukan oleh Brigham and Women’s Hospital dan Harvard Medical School mendapati mereka yang optimis mempunyai kehidupan yang lebih sihat lagi ceria. Para saintis merumuskan hal ini mungkin disebabkan oleh sistem pertahanan badan yang menjadi semakin baik dirangsang oleh fikiran yang positif. Penemuan ini diterbitkan oleh majalah American Psychological Association’s Journal of Personality and Social Psychology pada tahun 2002.


    Mereka yang berfikiran negatif sering kali dihinggapi tekanan atau stres. Dr. Catherine Stoney dari Universiti Ohio melaporkan, tekanan jangka panjang menyebabkan paras lemak meningkat di dalam darah. Lebihan lemak ini menyempitkan pembuluh darah dan apabila ini berlaku di dalam pembuluh darah koronari, serangan jantung akan berlaku.


    Pengeluaran hormon cortisol meningkat pada waktu stres. Hormon ini menyebabkan tekanan darah meningkat dan apabila keadaan ini berterusan seseorang boleh menghidap penyakit darah tinggi. Tekanan juga merangsang pengeluaran hormon adrenaline dan homocysteine. Hormon adrenaline memudahkan proses pembekuan darah dan ini boleh menyebabkan serangan sakit jantung berlaku. Mengikut satu lagi kajian yang dilakukan di Universiti Duke, tekanan boleh menyebabkan pembuluh darah koronari menguncup (constriction) dan hal ini meningkatkan risiko seseorang diserang sakit jantung koronari. Homocysteine pula ialah asid amino yang sering dikaitkan dengan penyakit jantung koronari. Justeru peningkatannya ketika stres meningkatkan risiko diserang penyakit ini.


    Web MD Health bertarikh 25 September 2000 melaporkan, mengikut beberapa kajian, mereka yang mengalami tekanan yang kronik mempunyai kadar sel putih yang rendah. Sel-sel putih merupakan sebahagian daripada sistem pertahanan di dalam darah dan penurunan kadarnya mendedahkan seseorang kepada infeksi kuman.


    Justeru beruntunglah orang-orang Islam kerana mereka dididik oleh al-Quran dan Sunah untuk berfikiran positif bertunjangkan iman dalam setiap keadaan. Letak lah mereka di manapun, mereka akan cemerlang. Sebagai contoh, ketika berlaku Perang Badar tentera Islam berjumlah hanya 313 orang berbanding tentera Quraisy 1,000 orang. Namun tentera Islam dapat mengalahkan Quraisy. Demikian juga di Perang Khandak, tentera Islam berjumlah 3,000 orang berbanding tentera Ahzab 10,000 orang. Di Yarmuk tentera Islam berjumlah 39,000 orang berbanding tentera Rom 240,000 orang. Di Qadisiyah pula jumlah tentera Islam ialah 41,000 orang berbanding tentera Parsi 200,000 orang. Dalam kesemua peperangan ini umat Islam dapat mengalahkan musuh-musuh mereka! Di manakah terletaknya kekuatan umat Islam? Ya, di dalam diri mereka. Benarlah nabi ketika baginda bersabda, “Keadaan orang mukmin amat menakjubkan kerana segala keadaan yang dihadapinya menjadi baik baginya. Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur dan itu adalah baik baginya. Sebaliknya jika dia menghadapi kesusahan dia bersabar dan itu adalah baik baginya.” (Muslim)


    Adakah anda memiliki ciri-ciri yang hebat ini?


    Nukilan

    Dr. Danial bin Zainal Abidin (M.B.Ch.B., Universiti Alexandria)

    Beliau ialah Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,

    Pengamal Perubatan selama 20 tahun,

    Motivator Radio Malaysia Pulau Pinang selama 10 tahun,

    Penulis 10 buah buku, Kolumnis Majalah-i

    Pemudah Cara Pelbagai Korporat dan Institusi,

    Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa.

    KECERDASAN EMOSI

    Dipetik daripada: Petikan Bab 2, buku Meningkatkan Daya Fikir diterbitkan oleh PTS Professional Publishing Sdn Bhd

    Kadang kala istilah emosi sukar ditafsirkan kerana ia lebih banyak merujuk kepada hal peribadi sebagai manusia. Kita pasti tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan ini adalah disebabkan tahap pemahaman diri seseorang itu begitu rendah ketika cuba memahami maksud yang ingin disampaikan oleh rakan.

    Disebabkan itu, konflik mungkin berlaku apabila individu itu mempunyai tahap kecerdasan emosi yang cukup rendah yang menyebabkan mereka kurang peka dengan persekitaran dan perasaan orang yang berada di sisi mereka. Begitu juga dengan perasaan diri sendiri, mereka mungkin tidak tahu kemahuan diri ataupun tidak tahu mengawal diri apabila berlaku kejadian yang tidak diingini.

    Terdapat tiga aspek emosi iaitu dapat dijelaskan dengan perkataan, seperti mimik muka, bahasa badan, postur dan Physiological-biochemical (aktiviti otak, suhu badan, kadar denyutan jantung). Hanya aspek behavior-expressive dapat dilihat dengan jelas manakala dua aspek yang lain biasanya sukar dilihat.

    Istilah kecerdasan emosi mula-mula sekali digunakan pada tahun 1990 oleh pakar-pakar psikologi Peter Salovey (Universiti Harvard) dan John Mayer (Universiti New Hampshire). Ia digunakan bagi menjelaskan kualiti-kualiti penting bagi mencapai kejayaan.

    Kemudian Daniel Goleman (1995) menulis dalam bukunya ‘Emotional Intelligence’ dan berjaya membangkitkan kesedaran orang ramai tentang konsep ini. Konsep ini bermula dengan implikasinya dalam mendidik kanak-kanak sehinggalah kepentingannya di tempat kerja dan merangkumi hubungan manusia.

    Seandainya individu itu berkebolehan mengenal perasaan atau emosi apabila ianya timbul, individu itu mempunyai sedikit kesedaran kendiri dan seterusnya kecerdasan emosi. Sekiranya individu itu dapat mengenali emosi secara mendalam, beliau merasa lebih mudah menjalani kehidupannya.

    Perkara paling penting dalam pembentukan kesedaran kendiri adalah keupayaan memberi perhatian kepada gerak hatinya. Dengan mengenali gerak hatinya, maka dia dapat bertindak untuk kebaikan dirinya sendiri.

    Definisi

    Emosi
    Berdasarkan Kamus Bahasa Melayu (1994), emosi bermaksud perasaan pada jiwa yang kuat (seperti sedih, marah dan lain-lain). Oxford Advanced Learners’ Dictionary (1995), menyatakan emosi sebagai perasaan yang kuat dan pelbagai jenis (kasih sayang, keriangan, benci, takut, cemburu, keseronokan atau gangguan pada perasaan). The Oxford Dictionary of Current English (1986) menyatakan emosi sebagai perasaan yang kuat dari dalam terutamanya daripada aspek mental atau naluri, seperti kasih sayang ataupun takut. Oleh itu, emosi adalah satu ciri jiwa manusia yang mempamerkan perasaan-perasaan kuat yang berpunca daripada psikologi (mental) seseorang dan emosi dapat berlaku secara naluri bergantung pada situasi.

    Kecerdasan
    Berdasarkan pengertian tradisional, kecerdasan meliputi kemampuan membaca, menulis, menghitung, berketrampilan daripada segi kata dan angka yang menjadi fokus pendidikan formal sekolah. Ia mengarahkan individu mencapai kejayaan dalam bidang akademik. Pandangan baru yang berkembang adalah tentang wujudnya kecerdasan lain di luar IQ seperti bakat, ketajaman pengamatan sosial, hubungan sosial, kematangan emosional dan aspek-aspek lain yang harus juga dikembangkan.

    Kecerdasan Emosi
    Kecerdasan emosi mencakupi pengendalian diri, semangat dan ketekunan serta kemampuan memotivasi diri sendiri dan bertahan menghadapi kekecewaan, kesanggupan mengendalikan dorongan hati dan emosi, tidak melebih-lebihkan kesenangan, mengatur suasana hati dan menjaga supaya beban tekanan tidak melumpuhkan kemampuan berfikir bagi membaca perasaan dalaman orang lain (empati) dan berdoa bagi memelihara hubungan dengan sebaik-baiknya, kemampuan menyelesaikan konflik serta memimpin. Keterampilan ini dapat diajarkan kepada anak-anak. Orang-orang yang dikuasai dorongan hati kurang memiliki kendali diri yang mampu membuatkan mereka menderita kerana kekurangan motivasi.

    Berdasarkan pengalaman, apabila suatu masalah yang melibatkan individu perlu membuat keputusan dan tindakan, aspek perasaan sama pentingnya dan kadang kala lebih penting daripada naluri. Emosi itu memperkayakan model pemikiran dan orang yang tidak menghiraukan emosi adalah orang yang mempunyai model pemikiran yang jumud. Nilai-nilai yang lebih tinggi dalam perasaan manusia seperti kepercayaan, harapan, pengabdian dan cinta, semuanya lenyap dalam pandangan kognitif yang dingin. Kita sudah terlalu lama menekankan pentingnya IQ dalam kehidupan manusia. Bagaimanapun, kecerdasan tidaklah bererti apa-apa apabila emosi berkuasa. Kecerdasan emosi dapat menambahkan sifat-sifat yang membuat kita menjadi lebih manusiawi.

    Konsep EQ atau ‘Emotional Intelligence’ yang juga dikenali sebagai kecerdasan emosi adalah konsep kecerdasan yang lebih luas dan ada kaitan dengan kesedaran emosi dan perasaan dan bagaimana perasaan dapat berinteraksi dengan kecerdasan mental atau IQ. Goleman (1995) menyatakan, 80% kejayaan individu adalah bergantung kepada EQ atau kecerdasan emosinya berbanding dengan lebih kurang 20% sahaja yang disebabkan oleh IQ atau kecerdasan mental. Pendapat ini adalah sejajar dengan pandangan yang menyatakan kita sebenarnya memerlukan lebih kecerdasan otak (IQ) supaya lebih berjaya dalam hidup. Individu itu mestilah berusaha membentuk dan meneruskan kebolehan berhubung dan berkomunikasi secara sihat dengan orang lain.

    Jelas dilihat peranan hati menjadi tunjang kepada perasaan dan emosi (EQ). Ia mempunyai pertalian yang begitu rapat dengan kejayaan manusia dalam melayari kehidupan sehariannya. Pendapat Goleman tentang peranan EQ bagi menjana kejayaan dalam hidup adalah tidak dapat dinafikan.

    Menurut Mayer dan Salovey (1993), merupakan pelopor yang mula-mula memperkenalkan konsep EQ ini. Menurut mereka;

    “Emotional Intelligence allows us to think more creatively and to use our emotions to solve problems. Emotional Intelligence probably overlaps to some extent with general intelligence”.
    Mayer dan Salovery seterusnya menyatakan ;
    “The emotionally intelligent person is skilled in four areas:identifying emotions, using emotions, understanding emotions and regulating emotions.”
    Konsep ini menjelaskan bahawa individu yang berupaya mengenal pasti ataupun menyedari emosinya, menggunakan emosinya dengan bijak, memahami emosinya dan mengawal emosinya, mereka dianggap mempunyai kecerdasan emosi (EQ).

    Goleman (1995) menonjolkan pandangan yang lebih luas tentang EQ. Beliau menyatakan EQ mengandungi beberapa faktor iaitu memahami emosi sendiri, kebolehan mengendalikan emosi, memotivasikan diri, menyedari emosi orang lain, dan mengendalikan hubungan silaturahim dengan orang lain.

    Mayer dan Salovey mengkategorikan EQ kepada enam domain iaitu:

    1. Kesedaran kendiri
    Kecerdasan paling asas adalah keupayaan menyedari satu-satu perasaan dan dapat memberikannya identifikasi tertentu. Aras ini juga merujuk kepada kesedaran tentang hubungan antara buah fikiran, perasaan dan tindakan. Menyedari tentang pemikiran yang mana (jenis apa) yang mampu merangsang perasaan tertentu serta menyedari apakah perasaan yang akan terbit akibat satu-satu tindakan.

    2. Mengendalikan emosi
    Adalah penting kita menyedari apa yang sebenarnya berada di sebalik satu-satu perasaan atau emosi itu. Kepercayaan dan keyakinan memberi kesan yang mendalam pada kebolehan bertindak dan bagaimana satu-satu tindakan dilakukan. Ramai orang selalunya dikuasai oleh fahaman negatif. Harapan dan rasa optimis adalah harta yang amat berguna bagi kejayaan. Adalah penting kita mencari jalan meredakan perasaan meluap kerana marah ataupun kecewa. Kita cuba memahami apa yang terjadi apabila emosi amarah menggelodak seandainya tidak dapat dikawal. Fikirkan sejenak akibat baik dan buruknya satu perkataan yang dihamburkan ketika emosi tidak terkawal. Kebolehan mengalihkan emosi kepada perkara positif adalah anak kunci kepada kecemerlangan sikap.

    3. Timbang rasa
    Kebolehan menguasai suatu keadaan dan dapat bertindak bijak memerlukan keprihatinan kita pada perasaan orang lain dan melihat dari kaca mata orang lain. Timbang rasa yang membolehkan kita mendengar pendapat orang lain tanpa menjadikan kita terlalu beremosi (emosional) adalah penting. Kebolehan membezakan apa yang dikatakan oleh orang lain daripada tindakan dan penilaian yang bersifat personal adalah amat penting.

    4. Berhubung
    Kebolehan menjalin hubungan silaturahim yang sihat mempunyai kesan positif kepada semua yang terlibat. Sedar tentang jenis perasaan yang cuba dikomunikasikan pada orang lain. Kegirangan dan pengharapan adalah berkaitan seperti juga‘pesimis’ dan perasaan negatif. Kebolehan melahirkan perasaan atau pendapat tanpa melahirkan kemarahan atau kedongkolan adalah kunci kejayaan.

    5. Kerjasama
    Kebolehan meletakkan diri dan tahu bila hendak menjadi ketua atau pemimpin dan bila pula menjadi pengikut adalah amat penting dalam kerjasama. Sifat pemimpin yang unggul bukan terletak pada paksaan atau kuasa tetapi lahir daripada kebolehan menggalakkan orang yang dipimpin dapat bekerjasama antara satu sama lain secara baik bagi mencapai satu tujuan bersama. Menyedari tentang kebolehan seseorang dan memberi galakan supaya mengambil bahagian dalam satu-satu aktiviti adalah lebih berkesan dalam menghasilkan satu-satu kebaikan daripada memberi arahan atau mengkritik. Pada masa yang sama, adalah amat perlu kita menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab dan menyedari kesan atau akibat daripada keputusan yang dibuat dan meneruskan komitmen dengan tidak berbelah bagi.

    6. Menyelesaikan konflik
    Dalam menyelesaikan masalah kita perlu memahami mekanisme yang hendak digunakan. Orang-orang yang terlibat dalam konflik biasanya dihantui atau terkunci dalam rangkaian emosi yang membakar diri dan mereka jarang dapat melihat isu yang menyebabkan konflik itu secara lebih rasional. Penyelesaian kepada konflik dapat dicapai dengan menggunakan kebolehan emosi seperti yang dibincangkan di atas.

    Dipetik daripada: Petikan Bab 2, buku Meningkatkan Daya Fikir

    Tawakal ilaAllah

    Pernahkah kita dalam mencapai suatu perkara, setelah kita berpenat lelah dan seratus peratus meletakkan tenaga dan keupayaan kita dan setelah kita yakin kita telah memberikan seluruh sumber yang ada namun hati kita masih resah seolah dunia masih tidak mengiktiraf usaha kita? Mungkin kerana kealpaan kita, kita terlupa yang Dia lah penentu segalanya. Dialah yang menentukan nilai rezeki dan setiap sesuatu untuk setiap daripada kita. Firman Nya :
    Dan Dia memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah menentukan bagi setiap sesuatu” QS 65:3.

    Tawakal daripada suku kata perkataan arabnya bermaksud mewakilkan urusan kepada pihak yang lain. Dan maksud ini dapat kita perluaskan lagi sebagai kepercayaan hati kepada wakil satu-satunya.
    Dalam kita meletakkan perwakilan bagi suatu urusan kita, pastinya wakil kita itu diyakini kebenarannya (muntahal-hidayah), diyakini yang paling kuat (muntahal-quwwah), diyakini paling lancar (muntahal-fashahah) dan juga diyakini paling perhatian dan kasih sayang (muntahas-syafaqah). Bukankah semua sifat ini hanyalah milik Dia? Adakah makhluk yang diciptakanNya mempunyai semua sifat dia atas untuk kita sandarkan kepercayaan kita? Mana mungkin kerana hanya dari Dialah segalanya datang, dan kepadaNya segalanya kembali.
    Di dalam kita menghadapi cabaran, Allah telah menyuruh kita untuk berserah kepadaNya. Namun ini bukanlah bermakna kita tidak perlu melakukan apa-apa dalam kita mencapai sesuatu itu. Firmannya lagi:
    ketika dua golongan dari pihak kamu ingin mundur kerana takut, padahal Allah adalah Penolong mereka. Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakkal” QS 3;122
    Bila kita hendak capai sesuatu, keinginan dan cita-cita tu hanya akan jadi mimpi dan angan-angan kosong yang tidak bernilai kalau kita tidak sertakan sekali dengan usaha. Rezeki tidak datang bergolek kalau kita tidak ikhtiar untuk cari. Dan pada usaha itulah hasil kita akan terjadi.

    Tetapi usaha semata tidak bernilai di sisi Allah jika kita hanya mengharapkan usaha kita sedangkan kita lupa untuk meletakkan Allah sebagai yang Menentu. Jangan sekali kita meletakkan usaha kita menjadi neraca hasil kerana bukankah itu seolah kita mengiktiraf diri kita bagaikan berkuasa dan tidak perlu mengharap pada Ilahi?.Andai inilah yang kita lakukan, secara sendirinya kita menghitamkan hati kita dengan riya’ dan takabbur. Sedangkan hasil suatu itu adalah ketentuanNya, nikmatnya untuk memberikan menurut pertimbanganNya. Mungkin terjadi, mungkin tidak.

    Namun Allah menjanjikan nikmat yang tidak disangka-sangka bagi mereka yang bertawakkal. Rasulullah bersabda :
    Jika kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya tawakkal maka Allah memberikan rezeki kepadamu sebagaimana Allah memberikan rezeki kepada burung, pagi keluar sarang dalam keadaan lapar, dan petangnya pulang ke sarang dalam keadaan kenyang.” HR At Tirmidziy.

    Dalam bertawakal ada peringkat-peringkat yang boleh dijadikan kayu ukur kebergantungan kita;
    a. Ketergantungan seseorang kepada Allah atas perlindungan dan pemenuhan keinginannya, sebagaimana keterikatan seorang pelanggan kepada pengacaranya. Ia menyerahkan sesuatu namun tiba suatu saat ia dapat mengambil kembali perjanjian, dan menyerahkannya kepada pihak lain, yang lebih dipercayai.
    b. Kebergantungan seseorang kepada Allah bagaikan kebergantungan seoran bayi terhadap ibunya. Ia tidak mengenal orang lain selain ibunya, tidak merengek dan meminta susu kecuali kepada ibunya, ia tidak berserah diri kecuali kepada ibunya. Namun bayi itu dapat juga berbuat sesuatu yang diinginkannya di luar pengetahuan orang tuanya. Kebergantungannya kepada orang tau karena ketergantungan adanya keinginan yang tiada pada orang lain, selain ibunya.
    c. Kebergantungan seseorang kepada Allah bagaikan kebergantungan seorang jenazah terhadap orang yang memandikannya. Si arwah tidak tahu lagi apa pun yang diperbuat oleh orang yang memandikannya. Ia menyerah terhadap perlakuan apapun yang diberikan kepadanya.

    Maka kita jejaki kembali tawakkal kita, adakah sudah kita benar-benar mengharapkan dari Ilahi yang sepenuh-penuh takwa seperti yang dituntut ke atas kita.
    Bila kita melakukan tawakkal, bukankah itu lebih tenang di hati kerana kita yakin Allah telah menentukan rezeki untuk setiap kita yang masing-masing ada bahagian sendiri. Bila kita yakin suatu rezeki itu ditentukan untuk kita, maka tidak perlu kita takut untuk orang lain mendapatnya pula.
    Namun kita tidak akan tahu apa rezeki yang akan diberikan kepada kita kerana suatu usaha itu mungkin tidak mendatangkan hasil seperti yang kita harapkan. Mungkin lebih dari kita harapkan atau mungkin lebih teruk daripada jangkaan kita. Tapi bagi seorang yang hidupnya penuh dengan tawakkal kepada Allah tahu dan yakin bahawa itulah rezeki yang ditetapkan untuknya yang datang bukan sebagai ganjaran atau balasan kepada dia, namun sekadar ujian untuk menguji secebis iman di dada. Ini kerana dia yakin, segala apa yang dilakukan di dunia adalah kerana untuk memetik ganjarannya di syurga sana. Kita hanyalah penyemai benih keimanan dan diindahkan dengan tawakkal kerana tawakkal itu satu daripada pembuktian iman, yang meyakini Dialah segalanya, yang dinantikan bukan hasil dan ganjaran di muka bumi, tetapi adalah ganjaran abadi syurga firdausi. Dan kerana itulah orang yang benar bertawakkal, dia tidak akan takut untuk berusaha kerana tahu rezekinya datang dengan tidak disangka-sangka, dia akan terus berusaha untuk masa depannya, terus berusaha untuk mengatasi masalah yang dihadapinya disamping berusaha mengelak musibah kepada dirinya kerana dia yakin, setiap usaha yang dilakukannya hanyalah wasilah yang akan membenarkan dia untuk menggapai cinta Ilahi di jannah Ilahi..

    Suatu tawakkal dan keyakinan yang kuat tanpa ikhtiar yang mengiringinya maka tidaklah sempurna, dan setinggi-tinggi ikhtiar akan sia-sia tanpa tawakkal, meyerah kepadaNya. Tawakkal yang benar adalah ikhtiar yang semaksimum mungkin disertakan keyakinan bahawa Dia lah penentu segalanya.”

    Moga kita bertawakkal dengan sebenar tawakkal, diiringi dengan keikhlasan semata untukNya.

    Wallahua’lam..

    sumber: dakwah.info

    Detik Kejatuhan Khilafah ( Luka Pedih Umat yg Kebas )

    Detik Hitam Kejatuhan Khilafah

    Luka pedih umat yang kebas. Umat menderita kerana hilangnya tonggak penyatu kerajaan, wakil kesatuan kekuatan. Malang itu bertimpa-timpa dan luka itu semakin parah. Bukan sahaja tidak diubati malah makin melebar. Bertambah pedih hakikat apabila luka pedih itu terasa kebas oleh ummatal Quran, umat Islam yang tidak terasa apa-apa apabila mercu lambang Islam itu ranap dimamah musuh-musuh Islam, tidak kira Yahudi mahupun munafik. Luka itu terasa lagi kebasnya apabila tubuh itu diratah tapi tuannya masih lagi bergembira! Luka itu dibadan yang disuntik pelali hedonisme dan kejahilan, racun syirik dan taklid, sedangkan penawar ada di rak-rak rumah. Ayuh bangkitlah umatku! Masukkan perhiasan ayat-ayat itu dalam jiwamu!

    3 Mac 1924 - Khilafah dihancurkan
    3 Mac 2000 - 76 tahun umat Islam menderita kerana tiada Khilafah

    Pada 3 Mac (Maret) 1924 Khilafah (sistem pemerintahan (Islam) secara rasmi telah dihapuskan oleh Mustafa Kamal Ataturk di Turki. Mustafa Kamal, agen Britain, telah bertindak menghapuskan Khilafah sesuai dengan arahan (instruksi) yang telah diberikan oleh negara-negara Barat kepadanya. Khilafah inilah yang telah menyatukan umat Islam seluruh dunia dari berbagai bangsa dan berlainan kedudukan geografi dalam sebuah negara, seorang pemimpin, sebuah bendera dan satu undang-undang. Malangnya negara-negara Barat telah menanamkan ideologi Barat seperti demokrasi, liberalisme, komunisme dan sosialisme sehingga mengakibatkan umat Islam meninggalkan Islam. Mereka juga menanam semangat nasionalisme yang mengakibatkan umat Islam berpecah kepada lebih dari 50 buah negara yang kita saksikan sehingga hari ini. Tidak ada kepimpinan alternatif pada hari ini walaupun beberapa buah negara mendakwa bahwa mereka adalah negara Islam seperti Sudan, Iran, Arab Saudi dan Afghanistan. Negara-negara tersebut mencampurkan Islam dengan sistems-sistem lain tetapi malangnya mengaku mereka melaksanakan Islam dengan sempurna. Janganlah umat Islam patah semangat. Ingatlah Allah SWT akan membantu mereka yang mengikut perintahNya sebagaimana yang telah Allah SWT janjikan dalam Quran. Rasulullah SAW juga telah berjanji bahwa Khilafah akan muncul semula menyelamatkan umat Islam dari masalah yang mereka hadapi hari ini.

    Khilafah

    Khilafah adalah kepimpinan umum bagi seluruh kaum muslimin di dunia untuk menegakkan hukum-hukum syari’at Islam dan mengembang da’wah ke segenap penjuru dunia. Kata lain dari Khilafah adalah Imamah. Imamah dan Khilafah mempunyai arti yang sama. Banyak hadits sahih yang menunjukkan bahwa dua kata itu memiliki konotasi yang sama. Bahkan tidak ada satu nas pun, baik dalam Al-Quran maupun Al-Hadits yang menyebutkan kedua istilah itu dengan makna yang saling bertentangan antara satu dengan yang lainnya. Kaum muslimin tidak harus terikat dengan salah satu dari keduanya, apakah istilah khilafah atau pun imamah. Sebab yang menjadi pegangan dalam hal ini adalah makna yang ditunjukkan oleh kedua istilah itu.

    Menegakkan khilafah hukumnya fardu (wajib) bagi seluruh kaum muslimin. Sebagaimana telah dimaklumi bahwa melaksanakan suatu kewajipan yang telah dibebankan oleh Allah SWT kepada kaum muslimin adalah suatu keharusan yang menuntut pelaksanaan tanpa tawar menawar lagi dan tidak pula ada kompromi. Demikianlah adanya dengan kewajipan menegakkan khilafah. Melalaikannya berarti merupakan salah satu perbuatan maksiat terbesar dan Allah akan mengazab para pelakunya dengan siksaan yang sangat pedih.

    Dalil-dalil mengenai kewajipan menegakkan khilafah bagi seluruh kaum muslimin termaktub dalam Quran, Sunnah dan Ijma’ As-Sahabat.

    Dalam Quran, Allah SWT telah memerintahkan Rasulullah SAW agar menegakkan hukum di antara kaum muslimin dengan hukum yang telah diturunkanNya. Dan perintah itu dalam bentuk yang tegas (pasti). Allah SWT berfirman, “ Maka putuskanlah perkara di antara manusia dengan apa yang telah diturunkan Allah dan janganlah engkau menuruti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu” (al-Maidah, 48)

    “ (Dan) Hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan Allah, dan janganlah engkau mengikuti hawa nafsu mereka. Dan waspadalah engkau terhadap fitnah mereka yang hendak memalingkan dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu.” (Al-Maidah, 49)

    Firman Allah SWT yang ditujukan kepada RasulNya juga merupakan seruan untuk ummatnya, selama tidak ada dalil yang menunjukkan bahwa firman itu dikhususkan untuk beliau. Sementara pada ayat ini tidak ditemukan dalil yang mengkhususkannya kepada Nabi, sehingga menjadi seruan yang juga ditujukan kepada kaum muslimin untuk mewujudkan pemerintahan. Tidak ada arti lain dalam mengangkat khilafah kecuali mewujudkan pemerintahan.

    Sambungan Dari buku yang dikarang oleh Syeikh Muhammad Ismail, seorang ulamak Timur Tengah

    (1) Kewajipan mendirikan sistem pemerintahan Islam.
    (2) Adalah berdosa jika tidak berusaha menegakkan Negara Islam.
    (3) Khalifah (Imam) adalah pelindung bagi umat Islam

    Allah SWT juga memerintahkan agar kaum muslimin mentaati ‘Ulil Amri’ iaitu penguasa. Perintah ini juga termasuk di antara yang menunjukkan kewajiban adanya penguasa atas kaum muslimin. Allah SWT berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya, dan ulil amri dari kamu sekalian.” (An-Nisa, 59)

    Tentu saja Allah SWT tidak memerintahkan kaum muslimin untuk mentaati seseorang yang tidak berwujud. Sehingga menjadi jelas bahwa mewujudkan ulil amri adalah suatu yang wajib. Tatkala Allah memberi perintah untuk mentaati ulil amri, berarti pula perintah untuk mewujudkannya. Adanya ulil amri menyebabkan terlaksananya kewajiban menegakkan hukum syara’, sedangkan mengabaikan terwujudnya ulil amri menyebabkan tersia-sianya hukum syara’. Jadi mewujudkan ulil amri itu adalah wajib, karena kalau tidak diwujudkan akan menyebabkan terlanggarnya perkara yang haram yaitu menyia-nyiakan hukum syara’.

    Sedangkan dalil dari As-Sunnah adalah hadits yang diriwayatkan oleh Nafi’ yang berkata: Umar radiyallahu ‘anhu telah berkata kepadaku: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “ Siapa saja yang melepas tangannya dari ketaatan kepada Allah, nescaya ia akan berjumpa Allah di hari kiamat tanpa memiliki hujjah. Dan siapa saja yang mati sedangkan di pundaknya (lehernya) tidak ada bai’at (oath of allegiance, ketaatan kepada Khalifah), maka matinya adalah seperti mati jahiliyah.”

    Nabi SAW mewajibkan adanya bai’at pada pundak setiap muslim dan mensifati orang yang mati dalam keadaan tidak berbai’at seperti matinya orang-orang jahiliyah. Padahal bai’at hanya dapat diberikan kepada Khalifah bukan kepada yang lain. Rasulullah SAW telah mewajibkan atas setiap muslim agar di pundaknya selalu ada bai’at kepada seorang Khalifah, namun tidak mewajibkan
    setiap muslim untuk melakukan proses bai’at kepada Khalifah secara langsung. Yang wajib adalah adanya bai’at pada pundak setiap muslim, yaitu adanya seorang Khalifah yang mempunyai hak bai’at dari setiap muslim. Jadi keberadaan (kewujudan) Khalifahlah yang akan memenuhi tuntutan hukum adanya bai’at di atas pundak setiap muslim. Oleh kerana itu, hadits di atas adalah dalil kewajipan mengangkat seorang Khalifah dan bukan merupakan dalil kewajipan mengangkat berbai’at. Sebab, dalam hadits tersebut yang dicela oleh Rasulullah SAW adalah keadaan tidak adanya bai’at pada pundak setiap muslim hingga ia mati, bukan kerana tidak melaksanakan bai’at.

    Imam Muslim telah meriwayatkan dari Al-A’raj dari Abi Hurairah dari Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya seorang Imam (Khalifah) adalah laksana perisai, di mana orang-orang akan berperang di belakangnya dan menjadikannya sebagai pelindung (bagi dirinya).”

    Imam Muslim juga meriwayatkan dari Abi Hazim yang berkata, “Aku telah mengikuti majelis Abi Hurairah selama 5 tahun. Pernah aku mendengarnya menyampaikan hadis dari Rasulullah SAW yang bersabda, “Dahulu, Bani Israil selalu dipimpin dan dipelihara urusannya oleh para nabi. Setiap kali seorang Nabi meninggal, digantikan oleh Nabi yang lain. Sesungguhnya tidak akan ada Nabi sesudahku. (Tetapi) nanti akan ada banyak Khalifah”. Para sahabat bertanya, ‘Apakah yang engkau perintahkan kepada kami?’ Beliau menjawab, “Penuhilah bai’at yang pertama, dan yang pertama itu saja. Berikanlah kepada mereka haknyak kerana Allah nanti akan menuntut pertanggungjawaban mereka tentang rakyat yang dibebankan urusannya kepada mereka”.

    Dari Ibnu Abbas dari Rasulullah SAW bersabda, “Siapa saja yang membenci sesuatu dari amirnya hendaknya ia tetap bersabar.
    Sebab, siapa saja yang keluar (memberontak) dari penguasa sejengkal saja kemudian mati dalam keadaan demikian, maka matinya adalah seperti mati jahiliyah.”

    Hadis-hadis ini di antaranya merupakan pemberitahuan (ikhbar) dari Rasulullah SAW bahawa akan ada penguasa-penguasa yang memerintah kaum muslimin, dan bahwa seorang Khalifah adalah laksana perisai. Pernyataan Rasulullah SAW bahwa seorang imam itu laksana perisai menunjukkan pemberitahuan tentang adanya makna functional dari keberadaan (kewujudan) seorang Imam (Khalifah) dan ini merupakan suatu tuntutan. Sebab, setiap pemberitahuan yang berasal dari Allah dan RasulNya, apabila mengandungi celaan (adz dzamm) maka yang dimaksud adalah tuntutan untuk meninggalkan atau merupakan larangan; dan apabila mengandung pujian (al mad-hu) maka yang dimaksud adalah tuntutan untuk melakukan perbuatan. Dan kalau pelaksanaan perbuatan yang dituntut itu menyebabkan tegaknya hukum syara’ atau jika ditinggalkan mengakibatkan terbengkalainya hukum syara’, maka tuntutan untuk melaksanakan perbuatan itu berarti sifat tegas.

    Menerokai Jalanan

    oleh: Sayyid Qutb
    penterjemah: naimlilbanat,upzarl


    Sebelum seorang muslim melangkah ke medan perang, dia sudah pun menempuh suatu peperangan besar di dalam dirinya sendiri iaitu melawan Syaitan, melawan nafsu yang membutuhkan, melawan kehendak kepentingan diri sendiri, kehendak ahli keluarga dan juga kehendak negara; melawan semua yang bukan dari Islam; melawan rintangan yang menghalang jalan ke arah pengabdian kepada Allah dan perlaksanaan hukum Allah di muka bumi, mengembalikan hak kekuasaan hanya kepada Allah dengan melucutkannya dari mereka yang tidak layak walau sedikit pun.

    Mereka yang mengatakan bahawa Jihad Islami hanyalah tindakan mempertahankan Tanahair Islam semata-mata, sebenarnya meruntuhkan keagungan cara hidup Islam dan menganggapnya tidak sepenting tanahair. Hakikatnya pandangan tersebut bukanlah mengikut tafsiran Islam bahkan ianya adalah hasil ciptaan manusia zaman moden yang jauh sekali bezanya mengikut sudut pandangan Islam. Apa yang diterima dari sudut pandangan Islam sebenarnya ialah kepercayaannya, cara hidup yang dilandaskan oleh kepercayaan ini dan masyarakat yang berpegang dengan kepercayaan tersebut. Tanahair yang ada itu tiada nilai sedikit pun padanya. Ini kerana pada pandangan Islam, tanahair itu hanya akan bernilai jika hukum Allah dilaksanakan dan diikuti sepenuhnya dalam lingkungan tanahair tersebut; yang seterusnya menjadi kubu pertahanan bagi kepercayaan Islam, suatu tempat yang dinobatkan sebagai Tanahair Islam, pusat pergerakan bagi pembebasan sepenuhnya bagi manusia.

    Semestinya usaha mempertahankan Tanahair Islam ialah usaha untuk mempertahankan kepercayaan Islam, cara hidup islam dan juga komuniti Islam. Namun mempertahankannya (Tanahair Islam) bukanlah matlamat utama Jihad Islami tetapi merupakan wasilah untuk menegakkan Syariat Islam di dalamnya supaya ia menjadi pusat pergerakan Islam, yang mana disebarkan ke seluruh dunia untuk seluruh ummat manusia, kerana matlamat agama ini adalah untuk seluruh alam.

    Sepertimana yang telah dibincangkan tadi, terdapat pelbagai halangan dalam usaha menegakkan Hukum Allah di muka bumi ini, sebagai contoh kuasa pemerintahan, sistem sosial dan tradisi, dan secara umumnya suasana persekitaran seluruh manusia. Islam menggunakan keupayaan fizikal hanyalah untuk meruntuhkan halangan-halangan ini supaya tiada lagi wujud dinding pemisah di antara Islam dan individu, agar Islam dapat menyelami setiap hati dan pemikiran mereka setelah membebaskan mereka daripada halangan-halangan material, yang seterusnya bergantung kepada isi hati mereka untuk menerima atau menolaknya.

    Kita tidak sepatutnya terpedaya ataupun merasa malu dengan serangan-serangan para orientalis terhadap asal-usul Jihad, mahupun hilang keyakinan diri di bawah beban keadaan semasa dan tekanan kuasa-kuasa besar dunia sehinggakan kita cuba mencari alasan untuk berjihad tanpa mengikut landasan agama ini dan mencuba untuk membuktikan ianya adalah usaha mempertahankan diri atas keadaan yang tertentu. Kewajipan untuk berjihad kekal dan akan terus kekal biarpun keadaan-keadaan ini wujud ataupun tidak.