Zikir Mampu Cerah Wajah

Tasbih_5

Zikir Mampu Cerah Wajah

Zikir utama adalah
yang diucap dengan hati dan lisan secara serentak. Di antara kedua-duanya, zikir
dengan hati adalah lebih utama daripada berzikir dengan lisan
semata-mata.


Imam al-Ghazali berkata zikir itu
terbahagi kepada empat kategori.

  • Pertama - Zikir dengan lisan
    saja.
  • Kedua - Zikir dengan
    hati serta lisan secara paksa.
  • Ketiga - Zikir dengan hati yang dibantu dengan lisan tanpa paksaan.

Menguasai zikir dalam hati dan
menumpukannya. Seterusnya Imam al-Ghazali memberikan pandangannya dengan berkata
: Yang sedikit faedahnya dan lemah kesannya iaitu apabila lisan berzikir
sedangkan hati di dalam keadaan lalai. Firman Allah Petikan dari Surah al-Ahzab,
ayat 35 yang bermaksud :

“Dan orang lelaki yang banyak menyebut
(mengingati) Allah dan orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah
telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang
besar”
.

Rasulullah S.A.W yang bersabda maksudnya : “Sesiapa yang mengucapkan ‘Subahanallah hil’azimi
Wabihamdih’ maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar dalam
Syurga”
- Petikan dari Hadis riwayat Muslim.

Hikmat lain adalah berturutan seperti :-

  1. Akan mendapat keredaan Allah
    dan memperoleh ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman dalam
    jiwa.
  2. Menimbulkan kejernihan,
  3. kemanisan pada hati dan wajah.
  4. Mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan
    rezekinya.
  5. Dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah.
    Segera mendapat pembelaan daripada Allah apabila seseorang itu berada dalam
    kesusahan dan kedukaan. Ini terbukti dalam menjana kehidupan seharian sepanjang
    hayat yang kita lalui sama ada kita sedar atau sebaliknya.
  6. Mendapat penghormatan dan doa daripada sekalian Malaikat. Memperoleh pohon
    tamar dalam Syurga kelak, semakin banyak berzikir maka semakin banyak pohon
    tamar itu untuknya.
  7. Mendapat nur (cahaya) daripada Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam
    barzakh(kubur) dan juga pada titian sirat nanti.
  8. Dapat membina rumah dan juga istana dalam Syurga. Apabila kita berhenti
    berzikir maka berhentilah pembinaannya di Syurga.
  9. Dapat menjadi pendinding dan juga perisai daripada Neraka jahanam. Dapat
    mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.
  10. Dapat menghalau dan mematahkan gangguan Syaitan terhadap dirinya. Dapat
    menghilangkan perasaan runsing yang bersarang dalam hatinya.
  11. Dapat membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan juga penyakit.
    Dapat menjauhkan dirinya daripada segala jenis ketakutan dan kebimbangan.
  12. Dapat menghapuskan dosa kecil serta maksiat kecil . Dapat melepaskan
    seseorang yang berzikir itu daripada sifat munafik.
  13. Apabila seseorang itu menyertai majlis bacaan yassin, tahlil, zikir dan
    selawat , dia sebenarnya menyertai majlis yang di hadiri oleh Malaikat.

Dengan berzikir juga seseorang
itu akan sentiasa diingati oleh Allah sepertimana dalam firmanNya bermaksud :
Ingatlah kamu kepadaKu ketika kamu senang dan susah , maka Aku akan
mengingatimu.



No Comment

No comments yet

Leave a Reply