Archive for May, 2007

Bediuzzaman Syed Nursi tokoh mujaddid dari Turki

Ustad
Dakwah-Info - Seorang
tokoh islam yang terkenal dengan penulisan Risale-i Nur. Satu hasil
penulisan yang penting sekaligus memberikan impak yang besar kepada
sesiapa sahaja yang mengkajinya. Beliau dilahirkan dalam tahun 1877 di
Nurs, sebuah kawasan di Tenggara Anatolia. Kemampuan beliau dalam
menelaah sungguh menakjubkan sehingga pada umur 16 tahun, beliau sudah
diberikan gelaran Bediuzzaman yang bermaksud Kekaguman Zaman. Ini
kerana beliau sudah mampu menewaskan ulama-ulama yang ada ketika itu
dalam perbahasan-perbahasan yang diadakan. Dalam proses pembelajaran
beliau, beliau telah mempelajari akan perlunya satu sistem pendidikan
yang menyeluruh dibentuk di Turki menggantikan sistem pendidikan sedia
ada. Pada 1900, kesedaran timbul dalam hatinya untuk memperjuangkan
islam sepenuhnya kesan daripada parlimen british yang mengangkat
al-Quran semasa persidangan, bersumpah menjauhkan umat islam daripada
al-Quran. Beliau kemudian mengusulkannya kepada Sultan Abdul Hamid
namun ia membawa kepada pemenjaraan beliau kerana penggunaan bahasa
yang kasar semasa perjumpaan itu. Di mahkamah beliau sekali lagi
bersikap sedemikian dan dihantar oleh para hakim ke pusat rawatan
mental. Namun apa yang dikatakan oleh doktor yang menjalankan diagnosis
bahwa jika Syed Nursi tidak siuman, maka tidak ada seorang pun yang
siuman di dunia ini.

Namun, perjuangannya di tika awal ini
menimbulkan penentangan terhadapnya dari pemerintah ketika itu. Beliau
memperjuangkan kemerdekaan dan constituitonalism yang
dilihatnya perlu mengikut hukum syariah islam. Dalam bulan-bulan
seterusnya pada 1908, beliau memberikan ceramah umum berkenaan
kemerdekaan, legality, pendidikan dan kesatuan di dalam
artikel-artikel surat khabar dan juga di dalam kehidupan sehariannya.
Beliau bergerak aktif di dalam pergerakan Ittihad-I Muhammedi(Kesatuan
Muhammadan atau Persatuan Muslim Bersatu), yang mana tesk nya membawa
kepada insiden 31 Mac 1909 di Turki. Ia menjadi alasan penangkapannya
namun beliau dibebaskan kerana tiada bukti kukuh. Beliau kemudiannya
mengembara ke seluruh Istanbul untuk menjelaskan perihal kepentingan
konstitusi dan pembentukan semula sistem pendidikan untuk membolehkan
sistem islam diterapkan dan membawa kepada pembangunan asas dan
perpaduan dunia islam.

Beliau
juga menerangkan idea-ideanya tentang reformasi pendidikan yang
disarankan di dalam universiti yang dirancangnya. Perdebatan dan
perbincangan yang beliau hadapi semasa pembentangan idea-ideanya itu
dibukukan dalam dua bahagian, satu untuk para ulama yang bertajuk
Munakahat(1911) dan Munazarat(1913) buat masyarakat umum.

Perjalanan
beliau kemudiannya beralih ke Damsyik dimana khutbah beliau yang sangat
terkenal telah disampaikan iaitu Khutbah Damsyik. Isi khutbah tersebut
termasuk ramalan beliau dengan dalil bahwa islam punyai masa depan yang
jelas dengan penerimaan terhadapnya yang meluas dan al-Quran diterima
pakai oleh setiap insan. Selain itu beliau juga menyentuh tentang
‘ubat’ bagi penyakit hati yan hanya boleh didapati daripada al-Quran.

Cita-cita
beliau untuk mendirikan Medrasatu-Zehra di Van tercapai apabila
menerima biayaan daripada Istanbul untuk membinanya namun ia tidak siap
kerana Perang Dunia Pertama meletus. Biayaan ini hanya diperolehinya
setelah usul-usul dibuat kepada Sultan Abdul Hamid II dan kepada
Sulatan Mehmed Resad. Namun usahanya yang tidka pernah padam membuahkan
hasil walau cita-cita utamanya tidak tercapai.

Semasa
PD1 berlaku, Bediuzzaman mengetuai pasukan tentera yang digelar
‘Tentera Bertopi Bulu’. Beliau diberi posisi Komando Regimen oleh Enver
Pasya yang merupakan Ketua Komando ketika itu untuk membentuk dan
mengetuai pasukannya di bahagian timur Turki. Pasukan ini digeruni oleh
pihak Rusia yang mana teras pasukannya dibentuk oleh pelajar-pelajarnya
yang bersemangat tinggi. Semasa peperangan sedang berjalan, beliau
tidak pernah menghentikan proses pengajarannya kepada murid-muridnya.
Kerana kekuatan pasukannya, mereka dijadikan pasukan tambahan semasa
mempertahankan Pasinler ketika pencerobohan Rusia pada January 1916.
Ketika di barisan hadapan inilah, Bediuzzaman Said Nursi menulis
komentar atau tafsirannya terhadap al-Quran yang bertajuk Isharat
al-’Ijaz. Pasukannya telah terlibat dalam tugas-tugas evakuasi orang
awam termasuk wanita dan kanak-kanak Armenian, mengumpul artileri berat
dan beberapa gerakan serbuan yang diakhir peperangan membuahkan medal
peperangan atas jasa-jasanya.
Pada 1918, beliau ditahan oleh pihak Rusia setelah kejatuhan Bitlis dan
diletakkan di kem tahanan perang di Kosturma di Volga. Beliau berjaya
melarikan diri pada musim bunga tahun yang sama dan menuju ke Istanbul.
Dalam perjalanan ke Istanbul, beliau telah melawat Switzerland kerana
ingin mengetahui perihal adanya kesatuan yang dibentuk di atas satu
kefahaman di kalangan rakyat Switzerland. Namun apa yang ditemuinya
adalah satu kesatuan yang lemah yang tidak berasaskan aqidah yang sama,
tetapi hanya satu kefahaman yang sama yang berasaskan akal fikiran.
Dalam perjalanan beliau ke Istanbul, beliau melalui Laut Hitam dan
Tiflis, Georgia. Setibanya beliau di Istanbul pada 20 Jun 1918, tanpa
pengetahuan beliau, beliau ditugaskan untuk memantau
Daru’l-Hikmeti’l-Islamiye yang merupakan sebuah institusi yang mencari
penyelesaian di kalangan orang-orang berpengetahuan dalam
masalah-masalah berkaitan islam dan akhlak masyarakat. Namun beliau
menerima tugas tersebut kerana ia mencakupi bidang akademik semata.
Ketika period tersebut, beliau menulis pelbagai buku dalam menelaskan
topik-topik utama agama, menerangkan kedudukan al-Quran dalam
ketamadunan ketika itu, penulisan menentang penjajahan. Antara lain
usaha beliau adalah menubuhkan Hilal-i Ahdar Cemiyeti (Bulan Sabit
Hijau) yang menentang dan berusaha menghentikan pengagihan alkohol dan
bahan ketagihan lain.
Pada 1920, Said Nursi mengalami perubahan mental dan rohani, kesan
daripada pencarian dalaman yang akhirnya membawa kepada pemikiran yang
meletakkan al-Quran sebagai sumber panduan hidup yang sebenar dan bebas
daripada pengaruh falsafah pemikiran manusia. Di sini bermulanya satu
kisah yang penting dalam sejarah hidup Said Nursi kerana ia kemudiannya
membawa kepada penulisan Risale-i Nur. Pada musim luruh 1922, Said
Nursi kembali ke Ankara selepas jemputan para pemimpin di sana selepas
kemenangan Perang Kemerdekaan pada penghujung September.

Pada
1 November 1922, telah berlangsungnya Perhimpunan Nasional, yang
menjatuhkan kesulatanan di Turki, 3 Mac 1924, jatuhnya khalifah islam,
1925 tertutupnya kubur-kubur sufi dan arahan-arahan sufi dimansuhkan, 1
Januari 1926, Kod Sivil Swiss dipakai guna di Turki, 3 November 1928,
penggunaan bahasa arab diharamkan dan bahasa latin digunakan, Januari
1932, azan bahasa arab diharamkan. Semua ini berlaku di sekitar
pemerintahan Mustaffa Kemal. Ketika itu, Said Nursi menerima pelbagai
tawaran untuk menjadi pegawai dalam kerajaan, mengharapkan pemikirannya
akan berubah. Di dalam pemerintahan Turki punyai dominasi oleh mereka
yang mahukan sekulariti dan westernization. Said Nursi
mengetahui bahwa ia akan hanya membawa kepada kejatuhan dan kehancuran,
maka baliau ke Van pada 17 April 1923, meninggalkan Ankara kembali.
Namun sebelum baliau kembali, beliau sempat meyakinkan para politikus
untuk membina universiti yang diusulkannya dan diberi peruntukan
sebanyak 150,000 lira. Akan tetapi, langkah itu dilihat sebagai
menghidupkan islam di dalam masyarakat dan seterusnya pembinaannya
dihentikan.

Di Van, Nursi
mengeluarkan diri dari arena politik dan sosial, mengasingkan diri
bersama beberapa orang muridnya dan mendekatkan diri kepada Allah
s.w.t. Kini bermulanya kehidupan baru Said Nursi, memasuki fasa kedua
kehidupannya bagi yang memerhatikan perubahannya itu. Pada February
1925, beliau dibuang daerah ke barat Anatolia. Beliau dihantar ke
Burdur, di mana pengajarannya mendapat sambutan dan sekali lagi beliau
diasingkan. Kali ini ke Barla. Di sini bermulanya penulisan Risale-i
Nur, February 1926. Hasil penulisannya yang pertama bertajuk Hari
Kiamat dan Akhirat siap pada musim bunga 1926. Pada 1934, beliau
dihantar kembali ke Isparta, kerana penulisannya yang bertambah dan
berjaya menarik lebih ramai murid. Di Isparta, beliau di kawal dengan
ketat, pergerakannya terbatas namun beliau terus menulis.
Penjara Eskisehir, April 1935. Said Nursi bersama 120 pelajarnya di
tahan dan dipenjarakan atas tuduhan menentang pembentukan kerajaan baru
dan menjadi ahli persatuan rahsia yang mampu mengganggu gugat keamanan
awam. Said Nursi di tuduh juga menggunakan agama sebagai bahan
berpolitik dan meyampaikan arahan dalam konteks Sufism yang ketika itu
diharamkan di Turki. Pada 1936, 96 pelajarnya dibebaskan tetapi Said
Nursi dan yang lainnya dipenjarakan selama 11 bulan atas tuduhan
menulis penerangan lengkap berkaitan pemakaian islam sebelum pengenalan
kod sivil yang baru. Setelah dibebaskan, beliau di hantar ke
Pergunungan Ilgaz, selatan Laut Hitam, di kawasan Kastamonu. Di sini,
Syed Nursi diletakkan di dalam balai polis selama 3 bulan sebelum
dipindahkan ke sebuah rumah yang berhadapan dengan balai polis
tersebut. Namun di dalam rumah itu, beliau menerima kawalan yang amat
ketat dengan kehadiran dua atau tiga pegawai polis di dalam rumah
tersebut bersama-samanya dan beberapa orang pelajarnya. Di sini juga
Syed Nursi menyambung penulisan Risale-i Nurnya dan pada ketika ini,
penulisannya adalah masih secara rahsia. Pelajar-pelajarnya yang setia
kerap datang untuk menyampaikan pesanannya kepada pelajar-pelajarnya
yang berada di Isparta serta membimbing mereka dalam menyampaikan
risalahnya. Penyebaran Risale-i Nur berjalan secara sulit dan dihantar
oleh posmen Nur. Di sini, antara 1936-1940, beliau selesai menulis
Risale-I Nur Ketiga hingga Kesembilan, yakni bahagian-bahagian dalam
Risale-i Nur dan bahagian ketujuh, Tanda Yang Agung (The Supreme Sign -
Ayetul-Kubra) juga selesai ditulis di sini. Bahagian ketujuh ini
merupakan bahagian yang penting kerana menggambarkan pemikiran Said
Nursi terhadap alam yang diperhatikannya selama 20 tahun, semenjak dari
sebelum perubahannya ke dalam fasa kedua kehidupannya ini lagi.

Setelah perkembangan
penentangan dilihat semakin ketara oleh pihak berkuasa Turki, mereka
sekali lagi menahan Syed Nursi pada 27 September 1943. Beliau dihantar
ke Penjara Denizli. Di sini, seramai 126 pelajarnya juga turut ditahan
bersamanya, atas dakwaan yang sama seperti di Eskisehir; percubaan
merancang penentangan pembentukan kerajaan Turki baru dan penglibatan
dengan organisasi rahsia. Di penjara ini, beliau menulis Buah-Buah
Keimanan(Fruits of Belief) yang mana banyak memotivasikan
pelajar-pelajarnya yang turut ditahan bersamanya. Malah penulisannya
juga banyak membentuk banduan-banduan yang lain di penjara itu. Pada
Jun 1944, beliau dibebaskan dari Penjara Denizli tetapi terus berada di
bandar Denizli sehingga datang arahan untuk beliau dihantar ke Emirdag,
utara Afyon. Pihak berkuasa Turki sedaya upaya ingin meletakkan beliau
di tempat-tempat yang terpancil di mana pergerakannya tidak mendapat
sambutan seperti tempat-tempat yang pernah didudukinya. Beliau tetap
berada di Afyon sehingga penangkapan besar-besaran ketiga ke atas
pelajar-pelajarnya pada Januari 1948. Beliau sekali lagi menulis bagi
memotivasikan pelajar-pelajarnya dan di sini juga beliau siap menulis
Risale-I Nur. Beliau mengumpulkan koleksi Risale-I Nur dan seperti
sebelumnya, pelajar-pelajarnya menyalin dengan tangan semua salinan
Risale-I Nur untuk diedarkan kepada pelajar-pelajar yang lain. Sehingga
pada 1947, barulah mereka mencetak menggunakan mesin pencetak.

Di dalam tahun 1947
juga, beliau menulis surat kepada Hilmi Uran, bekas menteri dalaman
Turki, memberi amaran tentang bahaya komunisma dan ideologi-ideologi
sekular yang lain serta menunjukkan bahawa hanya kehidupan berlandaskan
al-Quran sahaja yang akan memberikan kejayaan dan mampu menghalang
perkembangan pergerakan-pergerakan itu.

Selama 20 bulan
beliau ditahan di Penjara Afyon, yang mana beliau pada umur lebih 70
tahun terpaksa ditahan di dalam penjara dan terpaksa menghadapi hukuman
buang negeri di merata-rata tempat yang beliau duduki. Beliau mengalami
tekanan yang hebat daripada pihak berkuasa Turki pada ketika ini dan
seperti biasa, beliau diasingkan daripada banduan yang lain. Antara
tahun 1948-49, 50 pelajarnya ditahan lai di penjara yang sama dengan
tuduhan seperti di Denizli. Walaupun keputusan Mahkamah Afyon telah
dibatalkan melalui Mahkamah Rayuan, namun, pihak berkuasa Turki
melakukan penangguhan pembebasan sehingga cukup tempoh hukuman yang
telah dibatalkan itu. Akhirnya pada 20 September 1949, beliau telah
dibebaskan dan beliau menetap di sebuah rumah sewa di Afyon bersama 3
orang pelajarnya.

Pada tahun 1950,
bermulalah kehidupan Syed nursi dalam fasa ketiga. Yang mana beliau
sekali lagi menampakkan perubahan pada dirinya apabila bermulanya
kenaikan kuasa sekular di Turki. Pilihanraya tahun 1950 berpihak kepada
parti demokrat menewaskan parti republikan rakyat yang telah memegang
tampuk pemerintahan selama 25 tahun. Sebulan selepas 14 May, iaitu pada
16 Jun 1950, pihak berkuasa baru membatalakan secara sah akan
pengharaman azan di dalam bahasa arab. Pada 14 Julai 1950 pula, telah
diadakan pengampunan umum, di mana Syed Nursi telah turut sama
dibebaskan daripada hukuman-hukuman dan ikatan-ikatan yang telah lama
diletakkan ke atasnya. Dengan parti demokrat mengetuai politik Turki,
kebebasan aktiviti keagamaan diberikan oleh pihak berkuasa dan parti
demokrat dengan jelas menampakkan stigma penentangan terhadap komunism.
Ini telah memberikan Syed Nursi peluang untuk mengikut langkah-langkah
politk Turki dengan lebih teliti serta memberikan nasihat serta
pandangannya di dalam pemerintahan Turki yang baru itu. Perubahan
sikapnya terhadap politik inilah yang dikatakan sebagai fasa ketiga
kehidupannya yang mana sebelum ini, beliau tidak menggalakan
penglibatan anak muridnya di dalam politik sama sekali. Namun begitu,
beliau tetap tegas di dalam aspek pengeksploitasian unsur-unsur agama
di dalam berpolitik buat para pelajarnya.

Tahun 1951 melihatkan
sokongan Syed Nursi kepada kerajaan Turki di dalam menghantar askar ke
Korea untuk menentang komunism dan turut menghantar seorang pelajarnya
ke sana. Pada Februari 1951, beliau menerima surat terima kasih
daripada Vatican atas penghantaran Risale Zulfikar kepada mereka. Pada
4 Ogos 1951 juga, Presiden Celal Bayar mengumumkan pembinaan sebuah
unversiti di Van yang mana Syed Nursi melihatnya sebagai pengganti
universiti yang dicadangkannya dahulu. Setelah 27 tahun tidak ke
Istanbul, akhirnya beliau kembali ke sana untuk memberikan jawapan ke
atas pertuduhan yang diterimanya atas buku tulisan pelajarnya yang
bertajuk Panduan Buat Pemuda. Namun beliau didapati tidak bersalah atas
tuduhan itu. Dalam lawatannya selama 3 bulan itu juga, beliau telah
melawat Partriach Greek Ortodoks Istanbul yang mana beliau inginkan
kesatuan dengan orang-orang Kristian agar bersama menentang arus
atheism yang semakin laju.

Pada februari 1955,
beliau menulis surat kepada perdana menteri dan presiden Turki atas
penandatanganan Baghdad Pact sebagai langkah awal dalam mencapai
keamanan di rantau itu. Tahun berikutnya, Risale-I Nur telah dibenarkan
untuk diedar secara umum dan atas kebenarannya, anak muridnya mencetak
koleksi Risale-I Nur. Pada ketika ini, beliau menamakannya sebagai
‘festival Risale-I Nur’.

Dari tahun 1957
sehingga 1960, beliau banyak melawat pelajar-pelajarnya yang berada di
sekitar Turki. Namun kesihantan beliau semakin merosot dan ia merupakan
detik-detik terakhir beliau menemui pelajar-pelajarnya untuk memberikan
peringatan terakhir. Pada 23 Mac 1960, beliau meninggal dunia di Urfa
dan peninggalannya hanyalah seutas jam, jubah dan beberapa alatan asas
namun pelajarnya sudah mencecah ratusan ribu ketika itu dan
perjuangannya memberikan lebih daripada harta-harta yang mampu dunia
berikan.

Pada 27 May 1960,
pemberontakan militan telah merampas kuasa dari parti demokrat dan pada
12 Julai 1960 telah memusnahkan kubur Syed Nursi. Mayat beliau kemudian
di bawa ke tempat yang tidak diketahui dan ditanam semula.

Artikel ini dipetik dr dakwah-info