Archive for October, 2007

Getting centred

F.decorate(_ge(’photo_notes’), F._photo_notes).notes_go_go_go(55914627, ‘http://farm1.static.flickr.com/28/55914627_b7818f4a94_t.jpg’, ‘3.1444′);

Interestingly,
for the millions of people enrolled in yoga classes, the Islamic form
of prayer has provided Muslims for fourteen centuries with some of
yoga’s same (and even superior) benefits. This simple form of “yoga”
offers physical, mental, and spiritual benefits five times a day as
Muslims assume certain positions while reciting Qur’an and athkar
(remembrances).

If you’re interested read further…

The Muslim prayer has five positions, and they all have a corresponding
relationship with our spiritual and mental well being, according to
modern scientific research.

The Takbir and Al Qiyyam (mountain pose in Yoga) - found to improve
posture, balance, and self-awareness. Normalizes blood pressure,
breathing, thus providing many benefits to asthma heart patients.

Placement of hands on the chest during the Qiyyam position - activates
the nerve pathway, which directs our awareness of self in the world and
controls the health of the muscular system, skin, intestines, liver,
pancreas, gallbladder and eyes.

When the hands are held open for du’a, they activate the heart ;
center of the feelings of love, harmony, and peace, and to control love
and compassion. It also governs the health of the heart, lungs, thymus,
immune system, and circulatory system.

When Muslims recite the Qur’an, old thoughts, feelings, fears and guilt
are released or healed, and blood pressure and stress levels are
reduced. Some specific sounds, in fact, correspond to major organs in
the body. Vibrations made when pronouncing the long vowels, ‘A’, ‘E’
and ‘U,’ stimulated the heart, lungs, and the thyroid, pineal,
pituitary, and adrenal glands.

The position of Ruku (forward bend) stretches the muscles of the lower
back, thighs, legs and calves, and allows blood to be pumped down into
the upper torso. It tones the muscles of the stomach, abdomen, and
kidneys. Forming a right angle allows the stomach muscles to develop,
and prevents flabbiness in the mid-section.

It also promotes a greater flow of blood into the upper regions of body
– particularly to the head, eyes, ears, nose, brain, and lungs –
allowing mental toxins to be released.

The Sujud - activates the person’s spiritual connection with the
universe around them and their enthusiasm for spiritual pursuits. This
nerve pathway is also correlated to the health of the brain, nervous
system, and pineal gland. Controls basic human survival instincts and
provides essential grounding. This helps to develop levelheaded and
positive thinking along with a highly motivated view of life, and
maintains the health of the lymph and skeletal systems, the prostate,
bladder, and the adrenal glands.

The position of Al Qaadah) -(Thunderbolt Pose in yoga), which firms the
toes, knees, thighs, and legs. good for those prone to excessive sleep,
and those who like to keep long hours. Furthermore, this position
assists in speedy digestion, aids the detoxification of the liver, and
stimulates peristaltic action in the large intestine.

Last, but not least, the by turning the head towards first the right
and then the left shoulder in the closing of the prayer - This nerve
path is linked to the throat, neck, arms, hands, bronchials, and
hearing – effecting individual creativity and communication.

Tuan Guru Dato’ Haji Nik Aziz Nik Mat, the engineer of beautiful Malaysia

Tuan Guru Dato’ Haji Nik Aziz Nik Mat, the engineer of beautiful Malaysia

Ucapan Nik Aziz di ECER - Tazkirah Mursyidul Am PAS kepada Presiden Umno

Harakahdaily

Tue | Oct 30, 07 | 11:05:53 am MYT

Bismillahir Rahmanir Rahim

"Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan,

memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji,

kemungkaran dan permusuhan.  Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu

dapat mengambil pelajaran." (Maksud Surah An Nahl: Ayat 90).

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan

Salam Sejahtera

Yang Amat Berhormat

Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

Perdana Menteri Malaysia dan isteri;

Yang Amat Berhormat

Dato’ Sri Adnan bin Haji Yaakob

Menteri Besar Pahang;

Yang Amat Berhormat

Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh

Menteri Besar Terengganu;

Yang Amat Berhormat

Dato’ Haji Abdul Ghani Othman

Menteri Besar Johor;

YB Dato’ Seri Mohd. Effendi Norwawi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri;

Yang Berhormat

Menteri-Menteri Kabinet;

Yang Berhormat

Ahli-Ahli Parlimen Serta Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri;

Pegawai-Pegawai Tinggi Kerajaan Persekutuan Dan Kerajaan-Kerajaan Negeri;

Dif-Dif Kehormat;

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Alhamdulillah.   Dengan seizin Allah S.W.T.,  sekali lagi kita dapat

menghirup udara nyaman pada hari ini.

Ini menandakan betapa kita masih terus dilimpahi nikmat dengan rahmat dan

inayah dari-Nya untuk sama-sama menyaksikan pelancaran Wilayah Ekonomi

Pantai Timur bagi Negeri Kelantan. 

Sesungguhnya pelancaran ini boleh dijadikan titik tolak ujian keikhlasan

kedua-dua belah pihak dalam berkongsi anugerah Allah S.W.T. yang

dilimpahi-Nya kepada kita semua baik di Kelantan atau negara Malaysia

pada amnya yang sama-sama kita kasihi selama ini.   

Bahkan, ia adalah detik bersejarah yang mengesahkan lagi penerusan

wujudnya jalinan kerjasama akrab sekian lama khususnya sejak 17 tahun

negeri ini diperintah oleh Kerajaan Negeri yang ada pada hari ini.   

Tanpa pertukaran apa-apa, pelan yang bakal dilancar dan dilaksanakan

nanti  tidak memerlukan apa-apa perubahan nakhoda. 

Kapal boleh berlayar dengan matlamat yang tidak berganjak yakni

memakmurkan bumi Allah dengan segala ikhtiar yang tidak menyalahi syariat

Ilahi.

Dalam semangat ini, mewakili Kerajaan dan rakyat Negeri Kelantan, izinkan

saya mengalu-alukan kedatangan YAB Dato’ Seri Perdana Menteri.

YAB Dato’ Seri dan sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Tugas pemimpin laksana dasar Allah

Ayat Al-Quran yang baru saya baca dalam muqadimmah tadi biasanya dibaca

di atas mimbar Jumaat, saya membacanya pada hari ini di atas mimbar

masyarakat.   

ImageDi rumah Allah kita menjadi imam dan makmum, manakala di luar rumah Allah

kita disebut pemimpin dan rakyat. 

Orangnya masih sama. Khutbah dalam masjid menerangkan dasar-dasar Allah

manakala ucapan di luar masjid adalah untuk melaksanakan dasar-dasar

Allah. 

Setelah 17 tahun saya diamanahkan untuk memimpin Kerajaan Kelantan dengan

dasar Al-Quran Nul Karim sebagai Kalamullah, termasuk ayat yang saya baca

sekejap tadi,  petang ini saya dan Kerajaan saya seakan-akan terasa akan

adanya perubahan baru.   

Saya sedang berada di sebuah pentas buat pertama kalinya dengan pemimpin

negara.   

Alangkah manisnya hidup kiranya insan yang sengaja diciptakan Allah

Azzawajalla dengan berlainan watak dan kerenah ini boleh patuh kepada

ketetapan azali sejak Nabi Adam alaihissalam lagi.   

Firman Allah S.W.T. ada membawa maksud berbunyi  "Dan Kami berfirman:

turunlah kamu!  Sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi

kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang

ditentukan.   Kemudian (Adam dan Hawa) menerima beberapa kalimat dari

Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya.  Sesungguhnya Allah Maha

Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.   Kami berfirman: "turunlah kamu

semua dari Syurga itu!  Kemudian  jika datang petunjukKu kepadamu, maka

barang siapa yang mengikuti petunjukKu, nescaya tidak ada kekhuatiran

atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati."  (Surah

Al-Baqarah:  Ayat 36 - 38).

Mudah-mudahan langkah penyatuan pentas ini akan memulakan jalur-jalur

gemilang yang sungguh-sungguh sebagai ganti kepada jalur-jalur hitam

selama 17 tahun sebelum ini.

YAB Dato’ Seri dan sidang hadirin sekalian,

Saya sempat juga mengikuti senarai projek-projek raksasa yang ada

terkandung di dalam pelan induk yang disebut-sebut akan menelan

perbelanjaan berjumlah RM112 bilion ini.   

Antara lain ia akan memuatkan sebuah Universiti yang telah beberapa kali

dilancarkan, Lebuh Raya Pantai Timur, Jeti di Tok Bali dan usaha untuk

menaikkan taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sebagai pusat

penerbangan untuk rantau Asia Tenggara, termasuklah keinginan yang kuat

untuk memunculkan satu kelas perdagangan dan perindustrian bumiputera. 

Alhamdulillah, semua cadangan ini telah lama  dikenalpasti dan menjadi

sebahagian dari  Pelan Jangka Panjang Pembangunan Strategik Negeri 

Kelantan yang telah kami dokumenkan dan tandatangani sejak 2 Mei 2000; 

kira-kira 7 tahun yang lalu.   

Bahkan memahami pembahagian dan pengkhususan bidang kuasa antara Kerajaan

Persekutuan dan Negeri melalui 2 rancangan lima tahun yang telah kita

lalui.   

Projek-projek cadangan ini telah dikemukakan kepentingannya untuk

diberikan perhatian Pusat dari masa ke semasa. 

Mungkin kerana kesuntukan kewangan, ia tidak diberikan perhatian.   

Kali ini Kerajaan Negeri wajar berterima kasih kepada Kerajaan Pusat

kerana telah sudi mengiktiraf apa yang kami kenalpasti sebagai

projek-projek mustahak selama ini dan akhirnya telah diberikan perhatian.

Pastikan pelan ECER realistik bukan hipokrasi

Menyentuh tentang peruntukan yang mencecah RM112 bilion untuk ECER, 

RM177 bilion lagi untuk Koridor Utara dan RM47.6 bilion lagi di Wilayah

Pembangunan Iskandar, rakyat menjadi sedikit kagum dengan jumlahnya. 

Semakin hairan mereka apabila duit yang diisytiharkan ini boleh

menjangkau Rancangan Malaysia ke 9, 10 dan boleh pergi sejauh RMK

sebelas.

ImageApapun, jika duit ini memang ada dan tidak menjadi masalah, maka kita

perlu mengucapkan sebesar-besar syukur.  Alhamdulillah, syabas.

Dalam banyak buku ilmiah, saya ada juga terbaca bahawa sesuatu pelan yang

berkesan ialah pelan yang dapat diterima tanpa curiga oleh kumpulan

sasar. 

Ciri pelan yang berjaya juga ialah pelan yang dapat dilaksanakan.   

Biasanya pelan pembangunan yang baik harus bertolak dan bermula dari

bacaan mengenai senario ekonomi dunia semasa yang teliti berasaskan

unjuran yang tepat mengenai turun naik harga petrol, emas dan lain-lain

komoditi yang utama. 

Realiti dan waqi’ persekitaran yang berubah ini biasanya akan menentukan

pula angkubah-angkubah yang memungkinkan sebuah pelan yang realistik itu

dapat diisytiharkan.   

Saya berandaian, semua aspek ini telah diambil kira dalam segenap segi

sehingga ia tidak menjadi sebuah impian dan bukan sekadar ’satu lagi

pelan’.   Sememangnya indah untuk berada sekadar di alam mimpi kerana ia

mengasyikkan:

Anak Cina memetik selasih

Anyam rotan dibuat timba

Tiada yang indah dalam berkasih

Mimpikan bulan jatuh ke riba

Dalam banyak hal, apa yang mustahak ialah pelan yang dapat menghasilkan

kenyataan.   

Siapalah yang tidak bergembira untuk mendengar janji yang akan datang

dalam ratusan bilion ringgit.   

Ini lebih-lebih lagilah  apabila janji itu dipenuhi. 

Sudah banyak kita saksikan betapa janji yang indah kadang-kadang boleh

menjadi musuh besar apabila ia gagal dipenuhi.  Kebocoran, siling runtuh,

rasuah dan pecah amanah, inflasi dan hipokrasi adalah antara musuh-musuh

bersama yang boleh menghambat cita-cita murni.

Emas hitam anugerah Allah yang dipinggirkan dalam ECER

YAB Dato’ Seri dan sidang hadirin sekalian,

Walaupun cadangan pendaratan gas dan minyak di pesisir pantai kita masih

tidak diberi perhatian dalam ECER,  saya masihlah memandang

kepentingannya sebagai sesuatu yang bersifat mendesak. 

Pada kami, ia sepatutnya diletakkan sebagai paksi asas dalam menjana

pertumbuhan ekonomi negeri.   

Seperti yang telah dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri sejak 10 tahun lalu,

kami masih merayu agar gas dan minyak didaratkan di Pantai Senok. 

Bukan senang deposit emas hitam ini boleh terbentuk.

Dengan penuh susah payah Allah S.W.T.  telah ratusan jutaan tahun

memeram, mengatur dan memprosesnya secara sebab musabab jauh di kerak

bumi. 

Dengan segala percaturan kimia melalui mendapan humus, fosil dan tindak

balas haba di perut bumi, Allah S.W.T. telah dengan  segala ehsan

menyimpan lalu menganugerahkan bumi Kelantan  dan laut Kelantan dengan

bahan semahal ini. 

Mensia-siakan nikmat namanya apabila ia seolah-olah dibuat-buat ‘terlepas

pandang’ dan tidak ditimbangkan untuk dimasukkan  ke dalam pelan induk

pembangunan Wilayah yang sebesar dan sepenting ini.

Setakat ini, kami hanya berputih mata melihat khazanah bumi kami

dipunggah dan dihirup sepuas-puas oleh golongan amir politik tanpa

didaratkan  di pantai Kelantan sendiri walaupun sesudu teh.

Dalam feqah Islam, telah lama ditulis "hukmul fa il wal khu roji wa

rriqaz". 

Bahkan zakat yang dipungut daripada sesebuah perkampungan tidak boleh

dipindah zakat itu ke tempat lain  kecuali terlebih dahulu diagih-agihkan

kepada al mustahiqiin tempatan.

Ini adalah hukum Allah dan Rasul.  Tak disempurna di dunia oleh pihak

al-umara’, ia akan disempurna juga oleh Allah S.W.T. di akhirat kelak.

"Sesungguhnya hari keputusan (hari kiamat) itu adalah waktu yang

dijanjikan bagi mereka semuanya." (Surah Ad-Dukhaan:  Ayat 40).

Untuk menyatakan komitmen Kerajaan Negeri terkini, kita telah meluluskan

penubuhan sebuah jeti penghantar (supply base) di Pengkalan Kubur,

Tumpat, khusus untuk sokongan kerja penggerudian minyak dan gas di Joint

Development Area (JDA) dengan Thailand dan Vietnam, di luar pesisir

pantai Kelantan.   

Kerja pembinaan Jeti tersebut mulai Oktober ini dan ianya akan menjadi

pemangkin kepada satu industri yang dapat mengembangkan ekonomi negeri

dan membuka peluang pekerjaan.

Dalam keadaan-keadaan yang seperti inilah, relevannya kita mengetepikan

sentimen politik bersifat kepartian. 

Tidakkah boleh kita menjadikan maudhu’ ini sebagai perkara bersama untuk

dikongsikan secara pintar bagi tujuan yang sama.   

Saya masih ingat betapa murninya ketika KUB menandatangani persefahaman

ini bagi pihak Pusat dizaman Tun Dr. Mahathir pada tahun 1996 dahulu. 

Ini kekal terlipat dalam sejarah; kisah benar sebuah ‘pelan indah’ yang

tidak menjadi hingga sampai ke hari ini. 

Pembinaan modal insan tidak berjaya kecuali dengan tarbiyah Islam

YAB Dato’ Seri dan sidang hadirin yang dihormati sekalian.

Dalam hubungan Kelantan yang telah dikenalpasti sebagai Pusat Pembangunan

Modal Insan berteraskan ilmu pula, saya bermohonlah untuk memberikan

sedikit peringatan. 

Mustahil insan itu boleh dibina tanpa agama.   Ilmu Al-Quran mengajar

kita tentang adanya dua perkara dalam setiap insan itu yakni jasad dan

roh.

Membina roh insan adalah memberi faham kepada mereka tentang dosa dan

pahala, adanya taat dan  maksiat, adanya malaikat dan adanya iblis,

adanya  hisab dan adanya hari pembalasan, adanya Syurga dan adanya

Neraka. 

Ini soal asas yang tiada khilaf.  Ini konsep tarbiyyah bawaan Nabi-Nabi

dan Rasul-Rasul alaihissalam serta para tabi’in dan wali-wali zaman

berzaman. 

Jika Kelantan mahu diiktiraf sebagai pangkalan terpenting modal insan,

maka kita jangan abaikan aspek pembinaan roh. 

Elemen rasuah, dedah, dadah, belasah dan menolak hukum Allah adalah

manifestasi kekacauan fikrah. 

Betapa kacau bilaunya acuan dan tertib tarbiyyah kita yang telah dirangka

oleh negara selama ini. 

Ikut cara kami bangunkan negara bersama Islam

Untuk itu, mari kita cuba menjadi lebih ikhlas dengan cuba sama-sama

memperbetulkan keadaan, memikul amanah agama demi memulihkan manusia

untuk kembali kepada nilai-nilai fitrah keinsanan sejati selaras dengan

prinsip asal ‘ubudiyyah’ sejak asal kita semua dijadikan.

ImageBagi kami di Kelantan, kita telah lama mengisytiharkan konsep ‘Membangun

Bersama Islam’, berasaskan dakwah bil hikmah  wal mauizotul hasanah. 

Dalam rangka konsep ini, kami memuatkan prinsip ubudiyyah yakni semua

orang wajib kembali kepada pengabdian yang tidak berbelah bahagi kepada

Allah S.W.T.   

Bagi mereka yang belum Islam, mereka diajak untuk hidup dalam kesedaran

ketuhanan.   

Kami juga memuatkan prinsip mas’uliyyah yakni bekerja dengan  penuh sedar

bahawa setiap manusia tanpa mengira pangkat, bangsa dan budaya akan

disoal jawab oleh Allah Taala sendiri  tanpa sebarang jurubahasa.

Manakala Itqan yakni bekerja dengan penuh  berkualiti untuk menghasilkan

apa sahaja nilai amalan dan aktiviti dari jenis yang terbaik.   

Seluruh sekolah milik Kerajaan Negeri Kelantan telah dan sedang merangka

dan melaksanakan kurikulum dan kokurikulum untuk menggunakan ruang

lingkup kesedaran yang keseluruhannya berteraskan ketaqwaan kepada Allah

Robbuljalil.

Dalam semangat pesan memesan (Watawa soubilhaq watawa soubissobr),

alangkah tepatnya jika pelan pembinaan insan yang termuat dalam ECER ini

mampu dengan jujur membuat pengisian-pengisian yang semurni ini. 

Jika tidak, percayalah walau secemerlang manapun pelan pembinaan insan

kita, tanpa agama, rakyat akan hidup sebagai insan yang bermentalitikan

haiwan kerana dia cuma takutkan polis dan BPR,  undang-undang, tali

gantung dan peraturan dan dia akan hidup dan mati dalam kekeliruan.   

Di sana nanti dia akan terpinga-pinga dalam suasana yang salah menyalah

"maka, berkatalah pengikut kepada pemimpin dan pemimpin kepada

pengikutnya" sebagaimana yang telah dirakamkan di dalam Al-Quran Nul

Karim.  (Sila semak dan tadarrus sendiri maksud Surah Al-Baqarah dari

Ayat 166 hingga 167).

Menyentuh tentang tumpuan pertanian yang khabarnya hanya akan diberikan

tumpuan yang sangat minimum oleh Pelan Wilayah Timur ini, saya kira

sekali lagi kami perlu membuat teguran.   

Sejak dari dahulu,  Kelantan dikenali sebagai negeri pertanian.  Apa erti

mengisytiharkan istilah-istilah seperti "halal hub" atau Jelapang Makanan

Negara jika perhatian ke atas sektor ini sekadar bersifat batuk di

tangga?  Sekali lagi saya mengharapkan sesuatu yang lebih singnifikan

dapat dilakukan ke arah pembetulan ini.

Mari bermuafakat elak ganggu Kelantan

YAB Dato’ Seri, tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Sudah lebih 17 tahun kita menjalin hubungan kesetiakawanan dalam ikatan

konsep persekutuan. 

Setakat yang saya ingat, tidak pernah satu kalipun lagi terganggu

sebarang projek yang diluluskan oleh Pusat di Kelantan baik kecil mahupun

besar mengalami gangguan atau dihalang oleh Kerajaan Negeri.   

Melalui permuafakatan dan rundingan, ia sentiasa disambut oleh kami

dengan penuh keterbukaan. 

Bagaimanapun beradablah ketika melangkah.  Bukankah ini Wilayah Timur. 

Setiap rumah ada tuannya.  Masuk berpintu.  Keluar bertangga. 

Kadang-kadang, ya.  Terasa juga.

Makan sirih berpinang tidak

Buah keranji atas perahu

Singgah tidak kenang pun tidak

Sampai hati buat tak tahu

Hanya inilah kali pertama saya diberi kesempatan untuk berucap di majlis

yang dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Perdana Menteri.  Apapun jua,

syukurlah.  Saya mengucapkan Alhamdulillah.  Segala puji bagi Allah.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada

semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis pelancaran ini.

Dengan nama Allah, saya sudahi dengan Wabillahi taufiq Wal hidayah. 

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

(TEKS UCAPAN YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

MENTERI BESAR KELANTAN DI MAJLIS PELANCARAN PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI

PANTAI TIMUR (ECER) PADA 17 SYAWAL 1428/29 OKTOBER 2007, JAM 2.30 PETANG

DI KOMPLEKS SEKOLAH-SEKOLAH WAKAF MEK ZAINAB, KOTA BHARU, KELANTAN) -

mr

Sumber: HarakahDaily

 

Antara imam 5 minit dan imam 5 tahun

LanH

Fri | Oct 26, 07 |  4:13:55 pm MYT

Umar
Abdul Aziz (daripada Dinasti Umaiyah) yang kerap dianggap Khalifah
Al-Rasyidin ke-5 (selepas Khalifah Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali),
memerintah dua tahun enam bulan saja (99-101 Hijrah).

Menurut buku Sejarah, ketika pemerintahannya tiada orang layak
menerima zakat. Ini menunjukkan negara penuh barakah. Demikian begitu
berkesan dan adilnya beliau mentadbir negara.

Tetapi selepas kematiannya, ada ulama besar bermimpi bertemu
Umar Abdul Aziz dalam kepayahan yang amat sangat. Berpeluh-peluh
dirinya. Lencun pakaiannya.

Dalam mimpinya itu, ulama berkenaan bertanya mengapa Umar
berkenaan begitu. Umar menjawab dia sedang dihisab mengenai
pemerintahannya. Katanya, tempoh dia memerintah singkat saja (dua tahun
enam bulan) tetapi sudah dihisab 12 tahun lamanya. Itulah yang
menyebabkan dia bermandi keringat.

Demikian kisah ini dibawakan oleh Tuan Guru dalam kuliah
mingguannya di sebuah masjid di selatan tanah air baru-baru ini. Saya
yang mendengar kuliah itu membuka telinga besar-besar apabila Tuan Guru
menyatakan kehairanan mengapa ramai orang berebut-rebut menjadi
pemimpin sedangkan pemimpinlah yang paling berat disoal di akhirat
kelak.

Katanya, Khalifah Al-Rasyidin sungguh takut memegang jawatan
itu. Tetapi disebabkan amanah daripada umat Islam, mereka menerimanya.
Kata Tuan Guru, Umar Al-Khattab menjadi gementar dan takut jika ada
keldai mati tidak terurus di tebing Sungai Furat di Iraq kerana sebagai
pemerintah, perkara sekecil itu pun akan diletakkan di pundaknya.
Sekali pun keldai itu di Iraq yang ribuan kilometer dari Madinah, Umar
menjadi begitu bimbang.

Pemimpin beramanah menangis ketakutan apabila dipikulkan
jawatan ke pundaknya. Pemimpin hari ini pula ketawa berdekah-dekah dan
mengadakan jamuan dan pesta sempena kemenangannya menjadi wakil rakyat,
ahli Parlimen dan menteri. Terbayanglah impian menjadi kenyataan untuk
memiliki kuasa besar, pangkat besar, gelaran besar, rumah besar
(mahligai) dan kereta besar tetapi isteri tetap mahu yang comel!

Tuan Guru berkata, semua golongan daif seperti anak yatim, ibu
tunggal, orang miskin dan orang berhutang menjadi kewajipan pemimpin
dan kerajaan untuk menanganinya. Berat, sungguh berat, kata Tuan Guru.
Di akhirat kekal, golongan ini akan memegang pemimpin. Tiada peluang
pemimpin hendak melarikan diri.

Pemimpin dan kerajaan bertanggungjawab ke atas rakyatnya.
Pemerintah bukan boleh buat sesuka hati ke atas dana rakyat. Itu wang
rakyat, bukan mereka punya harta. Setiap apa yang dikutip daripada
rakyat (misalnya zakat) perlu diagihkan kepada golongan yang berhak
menerimanya. Jika mereka tidak menerimanya, mereka akan tuntut di
akhirat kelak. Masa itu hendak dibayar dengan apa, sebab dinar, dolar
dan ringgit tidak ada lagi!

Dua tahun enam bulan saja Umar Abdul Aziz jadi pemerintah,
begitu teruk dia melalui pemeriksaan. Berdasarkan ini, wahai pemimpin,
Muslimin dan Muslimat (termasuk diri saya sendiri), bayangkanlah
kepayahan yang akan kita hadapi nanti. Bagaimana kita mahu menjawab
dakwaan orang-orang teraniaya.

Bagaimana pemimpin mahu menjawab dakwaan Si Melan yang kisahnya
disiarkan dalam rancangan Bersamamu. Bagaimana pemimpin mahu menjawab
dakwaan Si Samad yang disumbat dalam Kem Kamunting kerana kes ISA.
Bagaimana pemimpin mahu menjawab derita Si Ani, anak Si Samad yang
beraya tanpa bapa di sisi buat sekian kalinya?

Bagaimana pemimpin mahu menjawab dakwaan Nurin, Nurulhuda dan
ramai lagi bahawa pembunuh berlegar-legar kerana hukum Islam tidak
terlaksana?

Bagaimanapun, pemimpin tidak berada di puncak kuasa tanpa
campur tangan rakyat. Ini zaman moden, bukan zaman feudal di mana
seseorang menjadi pemimpin dengan kekuatan pedangnya. Pada zaman ini
orang mengundi untuk memilih pemimpin.

Dalam bab memilih pemimpin ini, saya tertarik dengan pandangan
Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman. Katanya memilih
pemimpin adalah seperti memilih imam sembahyang. Masa imam sembahyang 5
minit saja (satu waktu) manakala imam negara (pemimpin) 5 tahun.

Dalam salah satu ceramahnya, Ustaz Abdul Ghani berkata:
“Kalau pilih imam solat, wah, kita cari orang yang betul-betul baik.
Orang yang betul-betul kita yakini. Kita tak pilih orang kaki judi.
Kita tidak pilih kaki botol.

“Bagaimanapun apabila lantik pemimpin, ini imam juga, kita
pilih yang tak baik. Kita pilih yang rasuah. Kita pilih yang tak
amanah. Imam sembayang lima minit aja, tapi kita nak yang terbaik, tapi
imam di luar sana, masanya panjang, mungkin lima tahun (satu penggal
pilihan raya), takkan kita nak serahkan nasib kita pada pemimpin jenis
ini. Hah, nanti di akhirat nanti ikutlah pemimpin jenis ini.”

Betul juga, kalau pemimpin tidak menunjukkan contoh baik, bagaimana dapat dilahirkan masyarakat yang baik.

Jika imam masjid saja dipilih di kalangan ‘orang baik-baik’
sedangkan di luar sana penyamun dan perasuah dijadikan pemimpin, maka
akan lahirkan umat yang baik semasa di masjid (atau ketika solat saja),
tapi apabila keluar daripada lingkungan itu, mereka tidak lagi kenal
batas dosa atau pahala.

Dikhuatiri itulah masyarakat yang kita lahirkan hari ini,
buktinya anak-anak semakin kurang ajar, rasuah dan maksiat
bermaharajalela manakala kebajikan tidak dipandang sebelah mata.

Sumber: HarakahDaily

French Student Bikes for Hajj

                   

                   
                   

                           
                   

                     

IslamOnline.net  & Newspapers

 

 

 

                      

 
   

 

 

Image

   

The French student will bike for Saudi Arabia to join three million Muslims from all around the globe in performing hajj

CAIRO
— A French Muslim student is setting off a criss-cross journey on his
bicycle to join three million Muslims from all around the globe in
performing hajj, reported the Nottingham Evening Post on Saturday, October 27.

Salim Moumou Eljeddahoui is cycling more than 3,000 miles through different countries to arrive in the holy city of Makkah.

The 25-year-old, who moved
to the town of Nottingham this year to learn English, is following in
the footsteps of his grandfather who walked from France to Makkah for
the ritual.

"It took him six months during which the conditions for eating and sleeping were very difficult," said Eljeddahoui.

"I want to experience similar conditions and the same difficulties."

Salim will cycle through France, Belgium, Switzerland and Italy before sailing to Turkey.

He will resume his bike journey through Syria and Jordan before arriving in Saudi Arabia on December 18 for hajj.

One of the five pillars of
Islam, hajj consists of several ceremonies, which are meant to
symbolize the essential concepts of the Islamic faith, and to
commemorate the trials of Prophet Abraham and his family.

Every able-bodied adult Muslim — who can financially afford the trip — must perform hajj once in their lifetime.

Bold

Eljeddahoui’s friends were caught with surprise about knowing his plans.

"At first they thought it was strange, but now they are very happy for me," he said.

The young Muslim student has been planning for the trip for a whole year.

He is taking a tent with him to sleep in during the journey.

Many mosques in Nottingham are supporting Eljeddahoui’s bike journey.

"It is a good example for
young people to see someone being so courageous and entrepreneurial,"
said Dr Musharraf Hussain of the Karimia Institute.

"I have been advising him
to take the right precautions so that he is always near a hostel,
mosque or hotel at night and doesn’t have to sleep rough.

"Hopefully this will encourage other people to be as bold."

Last year, a 63-year-old Chechen criss-crossed 13 countries on his rusting bicycle to join the faithful in hajj.

p/s: MashaaAllah… this beautiful post had taken from http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=Article_C&cid=1193049166479&pagename=Zone-English-News/NWELayout